Asal-usul Fasisme

Peristilahan

Istilah asal dalam bahasa Itali iaitu Fascismo datangnya daripada akar bahasa Latin fasces:[2] sebondol batang kayu yang diikatkan bersama sebatang kapak - melambangkan kekuatan melalui perpaduan di mana sebatang mudah dipatahkan manakala sebondol kayu tidak mudah demikian[3] - yang menjadi suatu simbol kuasa kepada hakim awam Rom purba yang dapat digunakan untuk hukuman mati sebaik sahaja perintah diturunkan.

Istilah fascismo juga berkaitan dengan organisasi politik di Itali dikenal sebagai fasci, iaitu kelompok yang bersamaan dengan gencana, kesatuan sekerja atau sindiket.