Fasisme

Fasisme merupakan ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat melalui penekanan kepada ketakutan terhadap sesebuah musuh yang dibyayangkan dalam kerangka konspirasi atau ideologi lain.[1] Dalam pola pemikiran fasis, musuh berada di mana-mana baik di medan perang mahupun dalam bangsa sendiri sebagai unsur yang tidak sesuai dengan ideologi fasis.[1] Fasisme mementingkan perpaduan dan keseragaman yang wajib antara masyarakat bangsa yang sama sehingga keindividualan manusia tersebut hilang, dan pengikut menjadi suatu kelompok besar yang seragam di mana individu hanya menjadi alat untuk mencapai tujuan gerakan fasis tersebut.[1]Ideologi ini meliputi unsur-unsur nasionalisme, ketenteraan, korporatisme, totalitarianisme, anti-komunisme dan anti-liberalisme. Ideologi ini mula lenyap selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan Kuasa Paksi. Penggunaan perkataan "fasis" terhadap seseorang dianggap menghinakan. Namun, terdapat juga maksud-maksud politik di Itali yang memperjuangkan ideologi ini, seperti "Fiamma Tricolor".