Festival_Filem_Metro_Manila

Festival Filem Metro Manila (Bahasa Inggeris: Metro Manilla Film Festival, disingkat MMFF) ialah sebuah festival filem tahunan yang diadakan di Metro Manila, Filipina. Festival ini berlangsung dari 25 Disember (Hari Krismas) hingga Hari Tahun Baru dan minggu pertama bulan Januari pada tahun berikutnya. Festival ini berfokus pada filem-filem Filipina. Sepanjang festival berlangsung, pawagam hanya menayangkan filem yang dipersetujui oleh juri dan tidak memasukkan filem asing kecuali di pawagam 3D dan pawagam IMAX. Sejak era 2010-an, filem ditayangkan di pawagam 3D tertentu yang dapat menampilkan filem dalam format 2D. Festival ini ialah salah satu daripada dua festival filem besar Filipina yang tidak memasukkan filem ke luar negeri dalam tempoh seminggu, festival lain ialah Pista ng Pelikulang Pilipino yang berlangsung setiap bulan Pgos.Acara tahunan ini pertama kali diadakan pada 1975, sewaktu Diligin Mo ng Hamog ang Uhaw na Lupa ("Water the Thirsty Earth with Dew") oleh Augusto Buenaventura memenangi anugerah filem terbaik.[1]Salah satu daya tariNk festival ini ialah perarakan kenderaan hias pada pembukaan festival. Kenderaan hias tersebut masing-masing mewakili filem yang menyertai festival dengan bintangnya masing-masing. Pada malam anugerah, Kenderaan Hias Terbaik juga diumumkan bersama dengan anugerah utama.Festival serupa yang merupakan turunan dari MMFF, Festival Filem Musim Panas Metro Manila, dijadualkan berlangsung pada April 2020. Namun, dibatalkan kerana pandemik COVID-19.[2]