Metro_Manila
Metro_Manila

Metro_Manila

Metropolis Manila (Bahasa Inggeris: Metropolis of Manila; Bahasa Tagalog: Kamaynilaan), atau Kawasan Ibu Negara Filipina (Bahasa Inggeris: National Capital Region of the Philippines), ialah kawasan metropolitan yang teramai jumlah penduduknya di negara ke-11 teramai penduduk di dunia. Metropolis ini merangkumi 16 bandaraya di sekitar Manila. Manila telah menjadi petempatan utama sejak 1700-an, dan oleh itu menjadi pusat politik, ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan di negara Filipina. Manila ialah sebuah bandar raya global terunggul yang meletakkan kekuatannya pada bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan, kesemuanya menyumbang kepada keunggulannya.Seperti yang diisytiharkan dalam Dekri Presiden No. 940, seluruh kawasan metropolitan Manila merupakan pusat kerajaan Filipina, namun Bandar Raya Manila sahaja merupakan ibu negara rasmi.[3]Mengikut banci 2007, Metro Manila diduduki 11,553,427 orang, iaitu 13% penduduk negara.[2] Jika termasuk sekali pinggir bandar di wilayah-wilayah berdekatan (Bulacan, Cavite, Laguna, dan Rizal) dari Manila Raya, maka jumlah penduduknya sekitar 20 juta.[4][5]Keluaran serantau kasar Metro Manila pada Julai 2009 dianggarkan bernilai 468.4 bilion (pada harga malar 1985), iaitu 33% KDNK negara.[6] Pada tahun 2008, Metro Manila merupakan kelompok bandar ke-40 terkaya di dunia, menurut PricewaterhouseCoopers.[7]

Rujukan

WikiPedia: Metro_Manila http://www.chanrobles.com/presidentialdecrees/pres... http://www.demographia.com/db-worldua.pdf http://books.google.com/books?id=_4z7AI6XuH8C&prin... http://www.ieej.or.jp/aperc/2008pdf/2008_Reports/U... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... http://www.census.gov.ph/data/census2007/index.htm... http://www.census.gov.ph/data/pressrelease/2008/pr... http://www.mmda.gov.ph http://www.mmda.gov.ph/BASIC%20EDUCATIONAL%20INDIC... http://www.mmda.gov.ph/Metro%20Manila%20Road%20Cla...