Kerajaan Metro_Manila

Peta pentadbiran Metro Manila.

Bandaraya Manila yang sebenarnya merupakan ibu negara Filipina, tetapi Kawasan Metro Manila pula merupakan pusat kerajaat. Cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan bertapak di Manila dan masing-masing diwakili oleh Istana Malacañang, pejabat dan kediaman rasmi Presiden Filipina, dan Mahkamah Agung Filipina. Bagi cabang perundangan, dewan pertuanan iaitu Senat Filipina bertapak di Pasay, manakala dewan rakyatnya pula iaitu Dewan Perwakilan Filipina berada di Bandar Raya Quezon.

Metro Manila ialah kawasan pentadbiran yang terkecil di Filipina, tetapi yang paling ramai dan padat penduduknya dengan seramai 11,553,427 orang (banci 2007) dalam kawasan berkeluasan kira-kira 638.55 kilometer persegi (246.5 bt2). Ia juga satu-satunya kawasan yang tidak terbahagi kepada wilayah, sebaliknya dibahagikan pula kepada 17 unit kerajaan pusat, iaitu 16 bandaraya dan satu kawasan perbandaran.

Kawasan pentadbiran di Metro Manila:
  •      daerah pertama
  •      daerah ke-2
  •      daerah ke-3
  •      daerah ke-4
  • Unit kerajaan tempatanBilangan penduduk
    (banci 2007)[2]
    Keluasan
    (km²)[1]
    Kepadatan penduduk
    (se-km²)[1]
    Kadar pertumbuhan
    penduduk tahunan[2]
    KDNK
    per kapita
    Taraf bandaraya[1]
    Bandar Raya Caloocan1,378,85653.3325,8552.20$9,4261962
    Bandar Raya Las Piñas532,33041.5412,8151.65$8,6781997
    Bandar Raya Makati510,38327.3618,6541.91$29,2591995
    Bandar Raya Malabon363,68115.7623,0760.98$4,3342001
    Bandar Raya Mandaluyong305,57611.2627,1381.29$20,2581994
    Manila1,660,71438.5543,0790.68$13,7311571
    Bandar Raya Marikina424,61033.9712,5001.14$10,3461996
    Bandar Raya Muntinlupa452,94346.709,6992.48$13,7891995
    Bandar Raya Navotas245,34410.7722,7800.87$5,2962007
    Bandar Raya Parañaque552,66047.6911,5892.88$10,1461998
    Bandar Raya Pasay403,06419.0021,2141.77$6,8761947
    Bandar Raya Pasig617,30131.0019,9132.80$12,0321995
    Pateros61,9402.1029,4951.05$3,324Bukan bandaraya
    Bandar Raya Quezon2,679,450161.1216,6302.92$11,2131939
    Bandar Raya San Juan124,1875.9420,9070.87$16,8932007
    Bandar Raya Taguig613,34347.8812,8103.82$12,3422004
    Bandar Raya Valenzuela568,92844.5812,7622.21$7,5311998
    Jumlah11,553,4271638.5518,0932.11$10,223

     1 Termasuk barangay yang dipertikaikan oleh bandaraya Makati dan Taguig.

    Dari segi tadbir urus setempat, Metro Manila tidak boleh dianggap sebagai satu entiti politik begitu sahaja. Bandaraya-bandaraya yang membentuknya menduduki peringkat kerajaan tempatan tertinggi dengan pegawai-pegawai terpilih yang tersendiri. Walaupun bandaraya-bandaraya itu bebas dari satu sama lain dalam hal politik, namun terdapat beberapa kemudahan asas seperti kawalan lalulintas dan banjir yang diuruskan oleh Lembaga Pembangunan Metropolitan Manila (Metropolitan Manila Development Authority, MMDA). MMDA beribu pejabat di Makati dan diketuai oleh Pengerusi MMDA yang dilantik oleh Presiden Filipina. Para datuk bandar menganggotai Liga Datuk Bandar Metro Manila yang berfungsi sebagai lembaga MMDA.

    Untuk tujuan fiskal dan statistik, Metro Manila atau Kawasan Ibu Negara (NCR) juga dibahagikan kepada empat daerah mengikut dasar geografi yang merujuk kepada Sungai Pasig. Daerah-daerah ini dibentuk pada tahun 1976 tetapi tiada kerajaan tempatan ataupun perwakilan di kongres.

    Kesemua bandaraya dan perbandaran dalam NCR digolongkan ke dalam empat daerah seperti berikut:

    #NamaBandaraya
    1Daerah Ibu KotaManila
    2Daerah Manila TimurBandar Raya Mandaluyong, Bandar Raya Marikina, Bandar Raya Pasig, Bandar Raya Quezon, dan Bandar Raya San Juan
    3Daerah CAMANAVABandar Raya Caloocan, Bandar Raya Malabon, Bandar Raya Navotas, dan Bandar Raya Valenzuela
    4Daerah Manila SelatanBandar Raya Las Piñas, Bandar Raya Makati, Bandar Raya Muntinlupa, Bandar Raya Parañaque, Bandar Raya Pasay, Pateros, dan Bandar Raya Taguig

    Perwakilan Metro Manila dalam Kongres Filipina adalah seperti berikut:

    • Untuk Senat, proses pengundian dilakukan secara berkelompok dari seluruh negara.
    • Untuk Dewan Perwakilan, setiap bandaraya mempunyai sekurang-kurangnya satu wakil; perwakilan Pateros disertakan dalam daerah pertama majlis bandaraya Taguig.

    Metro Manila juga adalah satu kawasan kehakiman, oleh itu semua hakim mahkamah setempat boleh ditugasi di mana-mana dalam kawasan ini.

    Rujukan

    WikiPedia: Metro_Manila http://www.chanrobles.com/presidentialdecrees/pres... http://www.demographia.com/db-worldua.pdf http://books.google.com/books?id=_4z7AI6XuH8C&prin... http://www.ieej.or.jp/aperc/2008pdf/2008_Reports/U... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... http://www.census.gov.ph/data/census2007/index.htm... http://www.census.gov.ph/data/pressrelease/2008/pr... http://www.mmda.gov.ph http://www.mmda.gov.ph/BASIC%20EDUCATIONAL%20INDIC... http://www.mmda.gov.ph/Metro%20Manila%20Road%20Cla...