Demografi Metro_Manila

Metro Manila mempunyai jumlah penduduk berdaftar seramai 11,553,427 orang.[2] Jika diambil kira kawasan urban Manila raya yang merangkumi Metro Manila dan kawasan pinggir bandar di wilayah jiran, maka jumlah penduduknya 20,075,000 orang (anggaran 2009).[4]

Kependudukan Metro Manila
BanciBil. pend.Kadar
19805,925,884
19907,948,3923.0%
19959,454,0403.5%
20009,932,5601.07%
200711,553,4272.11%

Menurut banci tahun 2000, terdapat 9,932,560 orang dan 2,132,989 isi rumah yang menetap di Metro Manila. Dengan kepadatan penduduk sebanyak 15,617/km², inilah kawasan yang terpadat dengan penduduk di seluruh Filipina.

Kelompok pribumi kawasan Metro Manila ialah orang Tagalog. Kesan penghijrahan, metropolis ini juga diduduki oleh kaum-kaum lain, termasuk kaum Visaya, Ilocanos, Bicolanos, Kapampangan, Pangasinan, dan Moro (terutamanya Maranao dan Maguindanao), di samping kelompok puak Igorot dan Bajau. Juga terdapat golongan keturunan seberang laut seperti Cina Jepun dan India. Metro Manila merupakan salah sebuah bandaraya yang paling pelbagai etnik di dunia.

Bahasa yang paling banyak dipertuturkan dalam rumah tangga ialah bahasa Tagalog (94.34%). Bahasa Inggeris digunakan secara meluas sebagai bahasa utama golongan atasan dan perniagaan. Bahasa Cina diajar di sekolah Cina tertentu. Bahasa pribumi Filipina yang lain juga digunakan di kalangan sanak-saudara dan jiran tetangga yang sama kelompok kaumnya, terutamanya bahasa Visaya, Bikol, dan Kapampangan.

Majoriti besar penduduk Metro Manila beragama Katolik Rom (90%). Agama-agama lainnya ialah Protestan (3%), Islam (5%), Hindu dan Buddha (2%).

Rujukan

WikiPedia: Metro_Manila http://www.chanrobles.com/presidentialdecrees/pres... http://www.demographia.com/db-worldua.pdf http://books.google.com/books?id=_4z7AI6XuH8C&prin... http://www.ieej.or.jp/aperc/2008pdf/2008_Reports/U... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... http://www.census.gov.ph/data/census2007/index.htm... http://www.census.gov.ph/data/pressrelease/2008/pr... http://www.mmda.gov.ph http://www.mmda.gov.ph/BASIC%20EDUCATIONAL%20INDIC... http://www.mmda.gov.ph/Metro%20Manila%20Road%20Cla...