Pengangkutan Metro_Manila

Jalan raya

Metro Manila mempunyai sistem lebuh raya meluas berjumlah 5,092 kilometer (3,164 mi) yang menghubungkan berbilang-bilang bandaraya dan bandar. Daripada jumlah itu, 1,087 kilometer (675 mi) ialah jalan negara; 2,366 kilometer (1,470 mi) ialah jalan bandaraya, perbandaran atau barangay; 1,639 kilometer (1,018 mi) ialah jalan subbahagian; dan 37 kilometer (23 mi) ialah lebuh raya bertol kendalian swasta.[9][10]

Jalan-jalan utamanya termasuk sepuluh jalan jejarian yang bercabang dari pusat Manila, dan lima jalan lilitan yang membentuk serantaian lengkok separa bulat sepusat di sekitar pusat bandaraya Manila. Kebanyakan besar jalan-jalan ini penting sekali untuk pengangkutan Metro Manila, antaranya jalan C-4 (Jalan Sepusat 4), juga dikenali sebagai Epifanio de los Santos Avenue (EDSA), iaitu jalan utama yang menghubungkan lima bandaraya di Metro Manila, iaitu Pasay, Makati, Mandaluyong, Quezon, dan Caloocan. Aliran MRT-3 rangkaian metro Manila berjalan sepanjang pemisah lorong dwiarah EDSA. Jalan-jalan utama yang lain: R-1 (Jalan Jejarian 1) atau lebih dikenali sebagai Roxas Boulevard, dan Lebuh Raya Ekspres Manila-Cavite (Jalan Pantai) bersambung kepada wilayah Cavite di barat daya; R-3 atau Lebuhraya Ekspres Luzon Selatan (SLEX) bersambung kepada wilayah Laguna di tenggara; R-6 (Aurora Boulevard dan Lebuhraya Marcos) bersambung kepada wilayah Rizal di timur; dan R-8 atau Lebuhraya Ekspres Luzon Utara (NLEX) bersambung kepada wilayah Bulacan di utara.

Metro Manila digeruni kerana kesesakan jalan raya yang menyebabkan perjalanan sampai sependek 6–8 kilometer sejam.[11] Perjalanan yang sewajarnya memakan masa 20 minit boleh terbantut menjadi sejam lebih, khususnya sewaktu waktu sibuk. Oleh itu, Lembaga Pembangunan Metro Manila telah membina pelbagai projek untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, antaranya pembinaan jejambat, persimpangan, ruang punggah untuk Kenderaan Kemudahan Awam (PUV), ruang kecemasan, dan alur pusingan U di jalan-jalan utama, di samping melengkapkan sistem landasan tren yang menyeluruh dan bergiat dalam perluasan jalan dengan sokongan Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya. MMDA turut memanfaatkan projek untuk pejalan kaki seperti pemasangan jejantas, perhentian berlindung, dan pondok kencing lelaki[12] di merata metropolis. Agensi ini turut melaksanakan beberapa skim untuk pemandu kereta, antaranya: Skim Pengurangan Volum Kenderaan Seragam (``Uniform Vehicular Volume Reduction Scheme``, UVVRS), yang mana kenderaan yang berakhir dengan angka tertentu pada nombor platnya dilarang berjalan pada hari tertentu; dan skim Lorong Kuning, yang mana Bas Kemudahan Awam berplat kuning hanya boleh menggunakan dua lorong terluar di EDSA.

Kereta api

Setakat 2005[update], terdapat dua sistem alihan laju berbeza di Metro Manila, iaitu Manila Light Rail Transit System (LRT) dan Manila Metro Rail Transit System (MRT). Sistem LRT terdiri daripada 29 stesen sepanjang Aliran Kuning (LRT-1) dan Aliran Ungu (LRT-2), manakala sistem MRT pula merangkumi 13 stesen sepanjang Aliran Biru (MRT-3). Empat lagi sistem dalam cadangan bertujuan menyambungkan Metro Manila dengan wilayah Bulacan, Cavite, Laguna dan Rizal.

Philippine National Railways juga mengendali dua laluan kereta api utama di Metro Manila, dalam sistem keretapi Luzon yang pernah mekar pada suatu ketika dahulu. Laluan utara (Northrail) yang menghubungkan Manila dengan Caloocan, kini ditutup. Laluan selatan (Southrail) yang masih dibuka bermula di stesen Tutuban di Tondo, Manila, dan merentasi bandaraya Manila, Makati, Taguig, Parañaque dan Las Piñas, kemudian di Barangay Buli, Muntinlupa, sebelum memasuki wilayah Laguna.

Lapangan terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) yang merentangi sempadan Parañaque dan Pasay, ialah lapangan terbang yang tersibuk di negara. Ia terdiri daripada sebuah terminal domestik dan tiga terminal antarabangsa; serta dua landasan utama. Inilah hab syarikat penerbangan Philippine Airlines yang terletak hangar utamanya berdekatan Pangkalan Udara Villamor.

Pengangkutan air

Terminal Pelabuhan Laut Manila di Port Area, Manila ialah pintu masuk perkapalan utama di Filipina. Pasig River Ferry Service melalui Sungai Pasig dari Intramuros, Manila ke Barangay Kalawaan Sur di Pasig.

Rujukan

WikiPedia: Metro_Manila http://www.chanrobles.com/presidentialdecrees/pres... http://www.demographia.com/db-worldua.pdf http://books.google.com/books?id=_4z7AI6XuH8C&prin... http://www.ieej.or.jp/aperc/2008pdf/2008_Reports/U... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... http://www.census.gov.ph/data/census2007/index.htm... http://www.census.gov.ph/data/pressrelease/2008/pr... http://www.mmda.gov.ph http://www.mmda.gov.ph/BASIC%20EDUCATIONAL%20INDIC... http://www.mmda.gov.ph/Metro%20Manila%20Road%20Cla...