Ekonomi Metro_Manila

Metro Manila ialah pusat kewangan, perdagangan dan perindustrian Filipina yang menyumbang 33% KDNK negara. Di sinilah terletaknya satu pertiga cawangan bank di negara yang menyimpan dua pertiga simpanan wang negara.

Latar langit Ortigas Center di latar depan bersama Makati di latar belakang kiri

Daerah perniagaan

Makati ialah pusat kewangan dan ekonomi terbesar di Metro Manila dan juga negara. Dengan reputasi sebagai daerah perniagaan pusat, di sinilah bertapaknya sebilangan besar syarikat terbesar di Filipina, termasuk Ayala Group of Companies, dan juga bank-bank utama negara. Kawasan Makati dibina sekitar bekas Pangkalan Udara Nielsen yang dibina oleh pihak AS sewaktu Perang Dunia Kedua; landasan pesawatnya kini menjadi jalan-jalan utama yang bersilang di Segitiga Makati, di mana terletaknya bursa saham negara. Makati juga menjadi pilihan syarikat luar negara untuk membuka ibu pejabat Filipina.

Ortigas Center ialah kawasan perniagaan kedua terpenting di Metro Manila yang terletak di Mandaluyong dan Pasig. Di sini terletaknya ibu pejabat beberapa syarikat Filipina seperti San Miguel Corporation dan Meralco, di samping berbagai-bagai pusat beli-belah dan hotel, tidak lupa juga ibu pejabat Bank Pembangunan Asia.

Pusat beli-belah

Pada awal 1980-an, tidak banyak pusat beli-belah yang terdapat di Metro Manila, tetapi semenjak seorang usahawan berketurunan Cina-Filipina, Henry Sy mula membina "megamall" di sini menerusi syarikat SM Group of Companies, pusat beli-belah tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sini. Tiga daripadanya adalah antara yang terbesar di dunia, iaitu SM City North EDSA, SM Mall of Asia dan SM Megamall, ketiga-tiganya milik SM Group.

Pemandangan panorama SM Mall of Asia dari timur

Sebelum kedatangan pusat beli-belah yang berpenghawa dingin, warga Metro Manila menjengah sejenis pasar basah terbuka yang dipanggil palengke. Kini, masih terdapat pasar-pasar sebegini, antaranya Central Market, di daerah Sta. Cruz di Manila; dan Cloverleaf Market di Balintawak, Quezon yang membekalkan sebahagian besar hasil buah-buahan dan sayur-sayuran kepada Metro Manila; dan Navotas Port Market yang menjadi pembekal utama keluaran perikanan Metro Manila. Pasay Cartimar pula terkenal sebagai pasar haiwan belaan terhebat di Filipina.

Rujukan

WikiPedia: Metro_Manila http://www.chanrobles.com/presidentialdecrees/pres... http://www.demographia.com/db-worldua.pdf http://books.google.com/books?id=_4z7AI6XuH8C&prin... http://www.ieej.or.jp/aperc/2008pdf/2008_Reports/U... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... http://www.census.gov.ph/data/census2007/index.htm... http://www.census.gov.ph/data/pressrelease/2008/pr... http://www.mmda.gov.ph http://www.mmda.gov.ph/BASIC%20EDUCATIONAL%20INDIC... http://www.mmda.gov.ph/Metro%20Manila%20Road%20Cla...