Politik_Filipina

Filipina mempunyai kerajaan demokrasi yang berbentuk republik berperlembagaan dengan sistem presiden.[1] Ia ditadbir sebagai negara kesatuan kecuali Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) yang amat bebas dari ikatan kerajaan pusat. Adanya cubaan untuk menukarkan bentuk kerajaan kepada persekutuan, ekadewan, atau kerajaan berparlimen sejak pemerintahan Ramos.[2][3]Presiden memegang peranan ketua negara dan ketua kerajaan sekaligus, lagipun merupakan panglima agung Angkatan Tentera Filipina. Presiden dipilih secara pilihan raya untuk satu penggal enam tahun. Dalam sepenggal itu beliau melantik dan mengetuai sebuah jemaah menteri.[4] Kongres Filipina yang dwidewan terdiri daripada Senat (Senate) sebagai dewan atas yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal enam tahun, dan Dewan Perwakilan (House of Representatives) sebagai dewan bawah yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal tiga tahun.[4]Ahli-ahli Senat atau Senator dipilih oleh serata negara sementara ahli-ahli Dewan Perwakilan terpilih oleh daerah perwakilan masing-masing.[4] Kuasa kehakiman terletak di Mahkamah Agung (Supreme Court) yang terdiri daripada Hakim Besar (Chief Justice) selaku pengerusi dan 14 orang hakim bersekutu (associate justices), semuanya dilantik oleh Presiden daripada pencalonan yang diserahkan oleh Majlis Peguam dan Kehakiman (Judicial and Bar Council).[4]Pilihan raya ditadbir oleh badan bebas Commission on Elections tiga tahun sekali bermula 1992. Diadakan pada Isnin kedua bulan Mei, pemenang-pemenang pilihan raya mengambil jawatan pada 30 Jun.Kerajaan tempatan dihasilkan oleh unit-unit kerajaan tempatan dari peringkat wilayah, bandar, perbandaran dan barangay. Biarpun kebanyakan bahagian tiada kuasa pemerintahan dan wujud semata-mata atas tujuan memudahkan pentadbiran, namun bahagian autonomi memiliki lebih banyak kuasa daripada unit-unit kerajaan tempatan. Sungguhpun unit-unit kerajaan tempatan menikmati autonomi, kebanyakan peruntukan bajetnya datang dari kerajaan pusat maka autonomi itu sebenarnya diragui. Economist Intelligence Unit menilai Filipina sebagai "flawed democracy" (demokrasi pincang) pada 2016.[5]

Politik_Filipina

Tempat berhimpun Senat: Wisma GSIS
Dewan Perwakilan: Batasang Pambansa
Perundangan Kongres
Mahkamah Mahkamah Agung
Jabatan 20
Penubuhan 23 Januari 1899 (Republik Filipina Pertama)
15 November 1935 (Komanwel Filipina)
14 Oktober 1943 (Republik Filipina Kedua)
4 Julai 1946 (Republik Ketiga)
(Republik Keempat)
February 2, 1987 (Republik Kelima)
Ibu pejabat Istana Malacañang
Bidang kuasa Filipina
Organ utama Jabatan eksekutif
Pusat kehakiman Padre Faura, Manila
Laman web www.gov.ph
Pemimpin Presiden Filipina
Pelantik Undian popular terus-menerus