Angkatan_Tentera_Filipina

Angkatan Tentera Filipina (Bahasa Inggeris: Armed Forces of the Philippines, AFP; Bahasa Filipino: Sandatahang Lakas ng Pilipinas, ; Bahasa Sepanyol: Fuerzas Armadas Filipinas) bertanggungjawab atas keselamatan negara dan terdiri daripada tiga cabang, iaitu Tentera Udara Filipina, Tentera Darat Filipina, dan Tentera Laut Filipina (termasuk Kor Marin).[1][2][3] Angkatan Tentera Filipina merupakan angkatan sukarela. Keselamatan awam pula terletak pada Polis Kebangsaan Filipina (Philippine National Police) di bawah Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG).[4][5]Di Wilayah Autonomi Islam Mindanao, kumpulan pemisah terbesar iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro kini bertempur dengan kerajaan pusat. Kumpulan militan lain seperti Barisan Pembebasan Islam Moro, puak komunis New People's Army, dan Abu Sayyaf pernah menculik warga asing untuk wang tebusan, khususnya di pulau selatan Mindanao.[7][8][9][10] Kehadiran mereka susut atas berkat kawalan keselamatan dari kerajaan Pusat.[11][12] Pada 1.1 peratus daripada KDNK, Filipina kurang berbelanja untuk tentera daripada purata ASEAN.[13][14]Filipina bersekutu dengan Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua. Sebuah perjanjian pertahanan bersama antara kedua-dua negara ditandatangani pada 1951. Filipina menyokong dasar-dasar AS sewaktu Perang Dingin serta terlibat dalam perang-perang Korea dan Vietnam. Setelah bermulanya Perang Terhadap Keganasan, Filipina menyertai angkatan tentera bergabung yang menyokong usaha AS di Iraq.[15]Angkatan tentera ini berasal dari penubuhan "Peninjau Filipina" pada 1901 oleh Amerika Syarikat untuk membantu menentang revolusi Jeneral Emilio Aguinaldo. Seterusnya Angkatan Tentera Filipina ditubuhkan secara rasmi semasa era Komanwel Amerika melalui Commonwealth Act No. 1 atau National Defense Act pada 21 Disember 1935. Dibentuk di bawah seliaan penasihat Jeneral Douglas MacArthur yang dijemput oleh Presiden Komanwel Manuel L. Quezon, Angkatan Tentera Filipina secara kasarnya mengikut struktur ketenteraan Amerika Syarikat.

Rujukan

WikiPedia: Angkatan_Tentera_Filipina http://www.abc.net.au/7.30/content/2012/s3402880.h... http://manilastandardtoday.com/2013/12/07/abu-sayy... http://www.philstar.com/headlines/2013/03/24/92334... http://www.lawphil.net/statutes/repacts/ra1990/ra_... http://www.globalsecurity.org/military/world/phili... http://www.sipri.org/research/armaments/milex/mile... http://data.worldbank.org/indicator/MS.MIL.XPND.GD... http://siteresources.worldbank.org/INTCPR/214578-1... http://www.sunstar.com.ph/breaking-news/2014/04/25... http://www.afp.mil.ph