Angkatan Tentera Filipina (
Bahasa Inggeris: Armed Forces of the Philippines, AFP;
Bahasa Filipino: Sandatahang Lakas ng Pilipinas, ;
Bahasa Sepanyol: Fuerzas Armadas Filipinas) bertanggungjawab atas keselamatan negara dan terdiri daripada tiga cabang, iaitu
Tentera Udara Filipina,
Tentera Darat Filipina, dan
Tentera Laut Filipina (termasuk
Kor Marin).
[1][2][3] Angkatan Tentera Filipina merupakan
angkatan sukarela. Keselamatan awam pula terletak pada
Polis Kebangsaan Filipina (Philippine National Police) di bawah Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG).
[4][5]Di Wilayah Autonomi Islam Mindanao, kumpulan pemisah terbesar iaitu
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro kini bertempur dengan kerajaan pusat. Kumpulan militan lain seperti
Barisan Pembebasan Islam Moro, puak komunis
New People's Army, dan
Abu Sayyaf pernah menculik warga asing untuk wang tebusan, khususnya di pulau selatan
Mindanao.
[7][8][9][10] Kehadiran mereka susut atas berkat kawalan keselamatan dari kerajaan Pusat.
[11][12] Pada 1.1 peratus daripada KDNK, Filipina kurang berbelanja untuk tentera daripada purata ASEAN.
[13][14]Filipina bersekutu dengan Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua. Sebuah perjanjian pertahanan bersama antara kedua-dua negara ditandatangani pada 1951. Filipina menyokong dasar-dasar AS sewaktu
Perang Dingin serta terlibat dalam perang-perang
Korea dan
Vietnam. Setelah bermulanya
Perang Terhadap Keganasan, Filipina menyertai angkatan tentera bergabung yang menyokong usaha AS di Iraq.
[15]Angkatan tentera ini berasal dari penubuhan "Peninjau Filipina" pada 1901 oleh
Amerika Syarikat untuk membantu menentang revolusi Jeneral
Emilio Aguinaldo. Seterusnya Angkatan Tentera Filipina ditubuhkan secara rasmi semasa era Komanwel Amerika melalui Commonwealth Act No. 1 atau National Defense Act pada
21 Disember 1935. Dibentuk di bawah seliaan penasihat
Jeneral Douglas MacArthur yang dijemput oleh Presiden
Komanwel Manuel L. Quezon, Angkatan Tentera Filipina secara kasarnya mengikut struktur
ketenteraan Amerika Syarikat.