Penerimaan Filem_Road_to_Ninja:_Naruto_the_Movie

Pecah panggung

Filem ini kali pertama ditayangkan di Jepun mendapat tempat ketiga dengan pungutan tiket berjumlah AS$3,799,276.[8] Pada 14 Ogos 2012, Yahoo mengumumkan penjualan berjumlah lebih daripada ¥ 1 bilion (AS$12.7 juta) dan kadar itu dijangka menjadi filem terlaris tertinggi daripada Naruto the Movie: Ninja Clash in the Land of Snow (1.37 billion yen/AS$17.4 juta). Masashi Kishimoto melukis Naruto dan Menma untuk memperingati pencapaian filem itu.[9] Road to Ninja menjadi filem tertinggi Naruto yang menghasilkan ¥ 1.46 bilion (AS$18.3 juta) antara tayangannya pada 28 Julai dan 23 September,[7] but it was surpassed by The Last: Naruto the Movie.[10] Pada tahun 2012, filem itu membuat ¥ 1.48 bilion dan menduduki tangga ke-29 di kalangan filem-filem pecah panggung Jepun, termasuk aksi langsung.[11] Di Filipina, filem ini memperoleh sejumlah $123,613.00 (PhP 5,068,627) dalam tempoh 2 minggu.[12]