Perubahan Formula_Satu_musim_2009

Pemandu

Bertukar pasukan

Menyertai F1

Keluar dari F1

Perubahan pertengahan musim

Pasukan

  • Force India menukar pembekal enjin dari Ferrari ke Mercedes selama lima tahun.[38]
  • Gerhard Berger menjual kepentingannya dalam Scuderia Toro Rosso kepada Red Bull. Beliau mendakwa bahawa peraturan baru "tidak memberi ruang kepada pasukan sekecil STR untuk membuat peningkatan".[39]
  • Pada Disember 2008, Honda F1 mengumumkan penarikan pasukan Formula Satunya dari Kejohanan Dunia 2009 disebabkan kemelut yang timbul daripada kegawatan kewangan sedunia, lantas memberi tumpuan kepada kegiatan perniagaan utamanya.[40][41] Pada 5 Mac 2009 disahkan bahawa pasukan ini menyertai musim 2009 dengan nama Brawn GP yang dilengkapi enjin Mercedes setelah dibeli oleh pihak pengurusan, serta mengekalkan Jenson Button dan Rubens Barrichello sebagai pelumba mereka.[42]

Kalendar

  • Grand Prix Abu Dhabi julung kali dimasukkan dalam kalendar perlumbaan sebagai langkah perluasan Formula Satu di Timur Tengah.[43] perlumbaan di dilangsungkan di Litar Yas Marina yang direka oleh Hermann Tilke sebagai perlumbaan terakhir musim ini pada 1 November 2009.
  • Setelah digugurkan dan diganti oleh Fuji Speedway pada musim 2007, Litar Suzuka kembali mengacarakan Grand Prix Jepun pada musim 2009.
  • Pada 7 Oktober 2008, FIA merasmikan kalendar perlumbaan 2009 yang menggugurkan Grand Prix Kanada (gara-gara masalah kewangan) dan mengalihkan Grand Prix Turki ke 7 Jun 2009.[44] 2009 merupakan musim F1 pertama tanpa perlumbaan di Amerika Utara sejak tahun 1958.[45] Grand Prix Kanada pernah diletakkan dalam jadual cadangan sebelum digugurkan.[46][47]
  • Pada 15 Oktober 2008, pihak penganjur Grand Prix Perancis mengumumkan bahawa perlumbaan mereka bukan lagi dalam musim 2009 berikutan "masalah ekonomi".[48][49] Inilah kali kedua tiadanya Grand Prix Perancis dalam jadual sejak bermulanya Kejohanan Pemandu Sedunia pada tahun 1950. Kali pertamanya adalah pada tahun 1955.[50] Perlumbaan ini dalam jadual "muktamad" musim 2009, apalagi Bernie Ecclestone pernah berkata bahawa perlumbaan Perancis kekal dalam kalendar kerana memegang kontrak sehingga tahun 2011.[51]
  • Pada 5 November 2008, Majlis Sedunia FIA mengalihkan Grand Prix China ke bulan April dan menyusun semula perlumbaan lain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Grand Prix Perancis.[52]

Peraturan

Tayar licin yang dilarang sejak 1998 dibenarkan semula mulai 2009.Panel kereta lebih licin kesan larangan tambahan aerodinamik pada tahun 2009.Sayap hadapan lebih rendah dan lebih luas berbanding pada tahun 2008.Sayap belakang lebih tinggi dan lebih sempit.

Pada 22 Disember 2006, FIA mengeluarkan peraturan teknikal untuk musim 2009[53] yang sudah disemak berkali-kali untuk menerapkan hasil siasatan Kumpulan Kerja Pemotongan (yang dibentuk berikutan kebimbangan bahawa pemotongan dalam perlumbaan roda ke roda semakin jarang)[54] serta keperluan memotong kos pembiayaan sukan ini ketika mengalami krisis ekonomi[55], kemudian diikuti beberapa perubahan kecil.

  • Tayar licin dibenarkan semula sejak dilarang pada musim 1998. Bridgestone kekal sebagai pembekal tayar tunggal, sementara para pemandu perlu menggunakan kedua-dua jenis tayar sepanjang perlumbaan.[56] Tayar lembut dibezakan oleh tanda hijau di keliling sisi tayar, bukannya tanda putih dalam alur pada 2008.[57] Selian itu, tayar basah dinamakan semula sebagai "tayar sederhana" dan tayar cuaca buruk pula dipanggil "basah".[58]
  • Peraturan aerodinamik mengalami perubahan besar untuk musim 2009. Sayap hadapan lebih rendah dan lebar, manakala sayap belakang lebih tinggi dan sempit. Oleh itu, kereta lumba 2009 menjadi berbeza rupanya berbanding kereta-kereta musim lalu. Sebilangan pemandu telah meluahkan kebimbangan bahawa sayap hadapan yang lebih besar boleh meningkatkan pelanggaran; terutamanya apabila memandu rapat dengan satu sama lain sesekali perlumbaan dimulakan. Di samping perubahan dalam dimensi sayap, panel kereta juga diperketatkan peraturannya dengan larangan terhadap pelbagai komponen tambahan yang pernah digunakan pada musim-musim lalu (termasuk tumpu gulung-gulung, sayap lawi, bilah kisar, cerobong, tanduk Viking dan dumbo ears), peresap di belakang kereta dialihkan ke belakang lagi dan ke atas. Banyak lagi komponen casis kecil yang lain turut diselaraskan. Tujuan peraturan aerodinamik baru serta pengembalian tayar licin ini adalah untuk mengurangkan pergantungan pada daya turun aerodinamik serta meningkatkan cengkaman mekanik dengan tujuan memudahkan perlumbaan roda ke roda.
  • Buat kali pertama, kereta dibenarkan menggunakan panel larasan pemandu, dalam bentuk kepak boleh laras di sayap hadapan. Kepak ini boleh dilaras sehingga enam darjah, tetapi hanya boleh dilaras dua kali setiap pusingan.
  • Selain perubahan pada saiz panel dan tayar, laporan 2006 turut menggariskan butiran Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS), iaitu peranti brek janaan semula yang direka untuk memulihkan tenaga kinetik kereta yang biasanya lesap menjadi haba ketika membrek. Tenaga yang dipulihkan ini boleh disimpan sebagai tenaga elektrik dalam bateri atau superkapasitor, atau tenaga mekanik dalam roda tenaga untuk digunakan sebagai sumber kuasa pecutan tambahan apabila pemandu menekan butang galak (boost button) pada sterengnya. Peraturan mengehadkan kuasa tambahan kepada sekitar 82 hp (61 kW) untuk enam saat setiap pusingan, tetapi tidak mewajibkannya. Disebabkan kebimbangan mengenai peningkatan terhad dan masalah keselamatan, kebanyakan pasukan dipercayai tidak memakai sistem KERS baru pada permulaan musim 2009.[59] Sebenarnya bilangan kereta yang menggunakan KERS berkurangan dari tujuh buah pada dua perlumbaan pertama dan kemuncak lapan buah di Bahrain kepada empat buah sahaja (iaitu Ferrari dan McLaren). Tiada satu pun kereta berlengkapkan KERS yang memenangi perlumbaan sehingga Hamilton melakukannya di Hungary. BMW Sauber, salah sebuah pelabur terbesar KERS, mengumumkan penarikan diri dari rancangan KERS selepas pusingan kelayakan di Britain.

Perkongsian baru F1

Syarikat elektronik Korea LG menetapkan suatu perkongsian dengan FOM untuk mempamerkan logo mereka semasa sistem masa secara langsung dan grafik masa.[60]

Penaja

Rujukan

WikiPedia: Formula_Satu_musim_2009 http://www.autosport.com/news/report.php/id/63353 http://www.autosport.com/news/report.php/id/64757 http://www.autosport.com/news/report.php/id/66122 http://www.autosport.com/news/report.php/id/68805 http://www.autosport.com/news/report.php/id/69523 http://www.autosport.com/news/report.php/id/71421 http://www.autosport.com/news/report.php/id/71896 http://www.autosport.com/news/report.php/id/72165 http://www.autosport.com/news/report.php/id/72176 http://www.autosport.com/news/report.php/id/72253