Franz_Halder
Franz_Halder

Franz_Halder

Franz Halder (30 Jun 1884 – 2 April 1972) ialah seorang Jeneral tentera Jerman dan Ketua Staf Am Tentera Darat dari tahun 1938 hingga September 1942, apabila beliau telah dipecat selepas kerap berselisih faham dengan Adolf Hitler. Diarinya semasa memegang jawatan ketua staf am OKH telah menjadi sumber yang sangat baik bagi pengarang-pengarang buku yang menulis tentang Hitler, Perang Dunia Kedua dan Parti Nazi (NSDAP). Di dalam buku William Shirer yang bertajuk The Rise and Fall of the Third Reich, diari Halder telah disebut beratus-ratus kali.