Pemujaan Ganesha

Ganesha disembah dalam banyak upacara keagamaan dan juga sekular, terutamanya semasa permulaan sesuatu kegiatan seperti membeli kereta atau memulakan perniagaan. Boleh dikatakan bahawa hampir tidak ada rumah (di India) yang tiada berhala Gaṇapati. Sebagai dewa yang paling popular, Gaṇapati disembah oleh semua orang di seluruh benua India. Di India Selatan, golongan artis akan memulakan persembahan seperti tarian Bharatnatyam selepas berdoa kepada Gaṇapati.

Mantra-Nya yang paling popular ialah Om Śri Ganeṣāya Namah dan Om Gaṃ Gaṇapataye Namah.

Gaṇapati sering dipersembahkan dengan modaka dan laddu (sejenis manisan). Dia juga sering digambarkan sebagai sedang memegang sebuah mangkuk yang penuh dengan manisan bernama modakapātra. Dia dipuja dengan sejenis serbuk cendana merah (raktacandana) atau bunga merak. Rumput Dūrvā (Cynodon dactylon) juga suatu benda utama dalam pemujaan dewa ini.