Perayaan Ganesha

Perayaan-perayaan penting untuk Gaṇapati ialah Ganesh Chaturthi or Vināyaka Chaturthī dalam bulan Ogos/September. Ganesha Jayanthi juga disambut pada bulan Januari/Februari.

Vināyaka Chaturthī

Perayaan ini diadakan selama sepuluh hari, bermula dengan Ganesha Chaturthi dalam akhir bulan Ogos atau awal September. Sambutan bermula dengan mendirikan berhala-hala Ganesha daripada tanah liat. Pada hari terakhir atau Ananta Chaturdashi, berhala-berhala ini akan ditenggelamkan dalam air.

Asal-usul perayaan ini tidak dapat ditentukan. Namun, sejak zaman Shivaji (1630-1680), pengasas empayar Maratha, perayaan ini telah disambut ramai di Pune. Peshawa (pentadbir turun-temurun empayar Maratha dari 1718 hingga 1818) telah mengalakkan sambutan ini di Pune, ibu negeri mereka. Ganesha ialah dewa keluarga (Kuladevata) Peshawa. Selepas kejatuhan Peshawa, sambutan Ganesha Chaturthi menjadi satu perayaan yang disambut secara persendirian di rumah. Keadaan ini berterusan sehingga ianya dihidupkan semula oleh Lokmanya Tilak, seorang penjuang kemerdekaan di Maharashtra.

Sambutan awam di Maharashtra yang masihi diikuti kini diperkenalkan pada tahun 1892 oleh Bhausaheb Laxman Javale. Selepas bertemu dengan Balasaheb Natu dan Krishnajipant Khasgiwale, Bhausaheb Laxman Javale mendirikan arca Ganesha awam (sarvajanik) pertama. Semasa melawat negeri Gwaior yang berada di bawah pemerintahan Maratha, Khasgiwale menyaksikan sambutan awam perayaan ini dan menceritakannya kepada kawan--kawannya di Pune.

Pada tahun 1893, Tilak memuji sambutan perayaan sarvajanik Ganesha dalam surat khabarnya, Kesari. Pada tahun berikutnya, Tilak meletak arca Ganesa di pejabat Kesari. Usahanya menukar sambutan domestik ini menjadi suatu sambutan awam yang amat terancang. Tilak mengenalpasti Ganesha sebagai 'tuhan untuk semua orang', dan mempopularkan perayaan Ganesh Chaturthi sebagai suatu perayaan nasional untuk 'merapatkan golongan Brahmin dan bukan Brahmin' dan membina satu kesatuan di antara mereka dan mewujudkan semangat kebangsaan yang berkobar-kobar dalam kalangan penduduk Maharashtra untuk menentang penjajah Inggeris. Tilak merupakan orang pertama yang mendirikan berhala-berhala Ganesha di pentas-pentas besar, dan memulakan tradisi menenggelamkan berhala ke dalam sungai, laut atau kolam pada hari ke-10 perayaan ini. Demikian, orang ramai terlibat dengan sambutan perayaan ini dengan mengadakan perbincangan intelektual, bacaan syair, drama, pementasan, konsert, dan tarian-tarian asli. Masyarakat dari semua lapisan kasta bertemu semasa sambutan awam pada masa penjajah Inggeris mengenakan sekatan untuk perkumpulan sosial dan politik.

Kini, selain Maharashtra, perayaan ini juga disambut di Mumbai, Pune dan lain-lain negeri di India.