Kesihatan Garam_laut

Menurut The Mayo Clinic dan Profesor Australia Bruce Neal, kesan kesihatan memakan garam laut atau garam biasa adalah sama, memandangkan kandungan garam laut masih sebahagian besarnya natrium klorida.[11][12] Sebagai perbandingan, garam meja atau garam halus adalah lebih berat diproses untuk menghapuskan mineral dan biasanya mengandungi bahan tambahan untuk mencegah penggumpalan.[11]

Iodin, unsur penting untuk kesihatan manusia,[13] hadir hanya dalam jumlah yang kecil dalam garam laut.[14] Garam beriodin adalah garam makan dicampur dengan sekelumit pelbagai garam berunsur iodin.

Dalam masakan tradisional Korea, jukyeom (죽염, 竹鹽), yang bermaksud "garam buluh", disediakan dengan memanggang garam pada suhu antara 800 dan 2000 °C[15] di dalam bekas buluh dipalam dengan lumpur di kedua-dua hujung. Produk ini menyerap mineral dari buluh dan lumpur, dan telah terbukti meningkatkan sifat antiklastogenik and antimutagenik pes kacang soya yang diperam yang terkenal di Korea doenjang.[16]

Sebuah kilang garam laut

Rujukan

WikiPedia: Garam_laut http://www.abc.net.au/health/talkinghealth/factbus... http://books.google.com/books?id=41k7ILHNCy8C&pg=P... http://books.google.com/books?id=5JAeAAAAIAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=8Lyrh2JXWuoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=DeW9hRZ_yPUC&pg=P... http://books.google.com/books?id=H6wAAAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=nzpYb5UOeiwC&pg=P... http://www.mayoclinic.com/health/sea-salt/AN01142 http://www.slate.com/id/2117243/ http://geology.utah.gov/online_html/pi/pi-39/pi39p...