Gempa_bumi_Kobe_1995
Gempa_bumi_Kobe_1995

Gempa_bumi_Kobe_1995

Gempa bumi Kobe merupakan satu gempa bumi yang berlaku di bandar raya Kobe, Jepun pada 17 Januari 1995. Ia berukuran 7.3 pada skala magnitud Richter dan terjadi pada jam 5:46 pagi, selama kira-kira 20 saat. Seramai 6,434 orang telah terbunuh, manakala 300,000 kehilangan tempat tinggal.Gempa bumi Kobe merupakan gempa bumi termahal dalam sejarah moden. Kerosakan dianggarkan berjumlah 10 trilion Yen, 2.5% daripada KDNK Jepun ketika itu. Ia merupakan gempa bumi paling buruk di Jepun sejak 1923.Lebuh raya Hanshin runtuh di atas lebuh raya yang lain. 70% daripada landasan kereta api dan sebuah stesen turut rosak. Bencana alam ini sentiasa kekal dalam ingatan rakyat Jepun dan diingati setiap tahun dengan lampu berwarna-warni.Kobe merupakan pelabuhan Jepun yang paling sibuk berbanding dengan pelabuhan-pelabuhan Asia lain. Pada 2005, pelabuhan Kobe menjadi pelabuhan ke-4 terbesar di Jepun dan ke-5 sebagai pelabuhan kontena di dunia.