Gerakan_Tea_Party
Gerakan_Tea_Party

Gerakan_Tea_Party

Gerakan Tea Party (Bahasa Inggeris: Tea Party movements) ialah sebuah pergerakan politik yang populis[1], konservatif/libertarian [2][3] di Amerika Syarikat yang muncul pada tahun 2009 melalui rangkaian protes lokal maupun nasional.[4][5][6] Protes tersebut sebagian merespon beberapa undang-undang federal: UU Stabilitas Ekonomi Darurat 2008, [7] Undang-Undang Pemulihan dan Reinvestasi Amerika 2009,[8][9] serta rangkaian rancangan undang-undang pelayanan kesehatan.[10]Nama Tea Party merujuk pada Boston Tea Party, sebuah insiden yang terjadi pada tahun 1773 dimana para penjajah merosakkan teh British daripada membayar pajak yang mana mereka anggap melanggar hak "tiada pajak tanpa perwakilan" [11] Sehingga 2010, gerakan ini bukanlah parti politik nasional, tidak mencalonkan calon kepada Kongres, serta namanya tidak tertera dalam surat suara pemilihan umum.[12]Menurut Scott Rasmussen, dana ikat jamin yang dikeluarkan oleh pentadbiran George W. Bush dan Barack Obama mencetuskan kebangkitan gerakan Tea Party. Pewawancara juga menambah bahawa kemarahan penunjuk perasaan berpusat pada dua isu, memetik kenyataan Rasmussen, "Mereka berpendapat bahawa perbelanjaan, defisit dan cukai kerajaan persekutuan terlalu tinggi, dan mereka berpendapat bahawa tidak ada seorang pun di Washington yang mendengarkan mereka, dan yang terakhir (pernyataan) sangat penting."[13] Gerakan ini tidak memiliki kepimpinan pusat namun memiliki ahli gabungan yang longgar pada kelompok kecil di peringkat tempatan.[14] Perhatian utama gerakan ini meliputi, tetapi tidak terhad pada, mengurangkan beban kerajaan,[15] menurunkan pajak,[16] mengurangkan pemborosan,[16] mengurangkan hutang negara dan defisit anggaran persekutuan,[15] serta memenuhi Perlembagaan Amerika Syarikat.[17]

Rujukan

WikiPedia: Gerakan_Tea_Party http://politicalticker.blogs.cnn.com/category/tea-... http://deseretnews.com/article/1,5143,705289328,00... http://www.economist.com/world/unitedstates/displa... http://www.life.com/image/first/in-gallery/49451/h... http://www.newsmax.com/InsideCover/ScottRasmussenR... http://topics.nytimes.com/top/reference/timestopic... http://www.nytimes.com/2009/09/13/us/politics/13pr... http://www.nytimes.com/2010/03/14/weekinreview/14l... http://www.post-gazette.com/pg/09067/954066-454.st... http://www.realclearpolitics.com/articles/2010/10/...