Grand_Prix_Singapura
Grand_Prix_Singapura

Grand_Prix_Singapura

Grand Prix Singapura ialah sebuah perlumbaan bermotor, yang kini dalam kalendar Kejuaraan Dunia FIA Formula Satu. Ia kini diadakan di kawasan Teluk Marina, di Singapura. Setelah acara ini diadakan semula pada tahun 2008, iaitu perlumbaan pertama di lokasi Teluk Marina, yang juga merupakan perlumbaan malam pertama Formula Satu,[1] yang telah dimenangi oleh pemandu Sepanyol, Fernando Alonso, yang memandu untuk pasukan Renault F1. Grand Prix Singapura akan kekal dalam kalendar F1 sehingga tahun 2017, selepas penganjur perlumbaan menandatangani lanjutan kontrak dengan Kumpulan Formula Satu sehari sebelum acara 2012.[2]