Great_Plains
Great_Plains

Great_Plains

Great Plains ("Tanah Rata Besar") adalah gelaran bagi sebidang luas kawasan tanah pamah yang rata-rata diliputi oleh prairie, steppe dan padang rumput, yang terletak di sebelah barat Sungai Mississippi dan di sebelah timur Banjaran Rocky di Amerika Syarikat dan Kanada. Kawasan ini meliputi sesebahagian negeri-negeri Colorado, Kansas, Montana, Nebraska, New Mexico, North Dakota, Oklahoma, South Dakota, Texas, dan Wyoming, serta wilayah-wilayah Alberta, Manitoba dan Saskatchewan di Kanada.Bahagian Great Plains yang terletak di Kanada adalah dikenali sebagai Prairies. Sesetengah ahli geografi sebahagian wilayah Mexico dalam Great Plains, tetapi rata-rata setakat Rio Grande. Kawasan ini terkenal kerana menyokong kegiatan penternakan dan pertanian yang meluas.