Politik Guinea

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik Guinea

Pada 10 Januari 2007, mogok ketiga terjadi dan merangkumi pekerja-pekerja lombong serta pekerja-pekerja yang lain di seluruh negara. Walaupun kerajaan Conte menawarkan gaji yang lebih baik dan lain-lain, mogok berlanjutan kerana rakyatnya menghendaki lebih daripada cuma janji. Pada atau sekitar 18 Januari 2007, sekurang-kurang tiga orang ditembak mati oleh kakitangan kerajaan/tentera dan dengan itu, mengapi-apikan lagi pemberontakan. Dengan kesihatan Presiden Conte kini semakin merosot, keadaan kelihatan merupakan keakhiran rejimnya. Pengampunan yang diberi olehnya kepada dua orang jutawan Guinea yang telah dipenjarakan atas tuduhan rasuah juga mengapi-apikan pemberontakan. Adakah Guinea berupaya memerintah diri di dalam dunia moden ini masih diragui.

Semasa minggu kedua mogok yang memperlihatkan berdozen-dozen orang dibunuh atau dicederakan dalam tunjuk-tunjuk perasaan di setiap kawasan di negara, Presiden Conte banyak kali bertemu dengan ketua-ketua buruh. Dalam salah satu perjumpaan itu, beliau mengugut akan membunuh mereka. Pada hari Isnin, 22 Januari 2007, askar-askar beret merah di bawah kuasa pemerintahan Ousmane, anak lelaki Conte, menggeledah ibu pejabat mogok dan membelasah ketua-ketua persatuan sekerja (termasuk Setiausaha Agung CNTG, Hadja Rabiatou Serah Diallo). Selepas menangkap mereka, mereka ditahan selama 5 jam. Pada hari yang sama, melebihi sepuluh ribu orang berarak di jalan-jalan raya Conakry, dan sekurang-kurangnya 17 orang dibunuh dan 100 orang dicederakan oleh pihak polis.

Guinea hanya mempunyai dua presiden sejak kemerdekaan diisytiharkan pad 2 Oktober 1958. Lansana Conte menguasai negara ini pada tahun 1984 selepas kematian Sekou Toure. Conte dipilih secara rasmi pada tahun 1993, dan dipilih semula pada tahun 1998 dan 2003. Tetapi kesahan pilihan-pilihan raya itu telah dipertikaikan, kerana Conte mengawal kedudukannya dan tidak bertoleransi terhadap ahli-ahli politik yang berpotensi melawannya.