HMS_Repulse_(1916)
HMS_Repulse_(1916)

HMS_Repulse_(1916)

HMS Repulse (1916) ialah sebuah kruiser tempur British dibina John Brown and Company, Clydebank, Scotland untuk Tentera Laut Diraja British. Ia pada asalnya bertujuan sebagai unit kapal tempur kelas Revenge, tetapi diarah mengubah reka bentuk semasa tempoh pembinaannya. Ia turut direka untuk menghadapi Pertempuran Jutland dalam Perang Dunia Pertama namun tidak berkesempatan saat dilancarkan pada 1916, maka kapal ini dimasukkan dalam Armada Besar - (Grand Fleet) sebagai kapal pemerintah bagi Skuardon kruiser tempur 1, United Kingdom pada September tahun sama.Semasa Perang Dunia Kedua yang berlangung berdekad-dekad kemudian, kapal ini digunakan untuk menyekat kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Namun, kapal ini diserang pengebom Jepun sehingga dikaramkan bersama-sama HMS Prince of Wales berdekatan pesisiran antara Pahang dan Terengganu, Tanah Melayu British pada 10 Disember 1941.