Templat:RightsHak awam (sivil) dan politik merupakan
hak yang melindungi
kebebasan individu daripada pencabulan yang tidak wajar oleh
kerajaan dan pertubuhan swasta, serta memastikan keupayaan seseorang untuk menyertai kehidupan sivil dan politik
negara tanpa berdepan dengan
diskriminasi atau
penindasan.Hak-hak awam ini termasuklah memastikan integriti fizikal dan
keselamatan rakyat; perlindungan daripada diskriminasi atas sebab-sebab seperti kecacatan fizikal atau mental,
jantina,
agama,
kaum,
bangsa,
umur,
orientasi seks, mahupun
identiti jantina;
[1][2][3] serta
hak individu seperti kebebasan
berfikir dan bernurani,
bersuara dan berekspresi,
beragama,
berakhbar, dan
bergerak.Hak-hak politik pula merangkumi
keadilan asasi (keadilan berprosedur) dalam
undang-undang, seperti
hak tertuduh, termasuk
hak untuk perbicaraan adil;
proses pengadilan jujur; hak untuk menuntut tebus rugi atau
legal remedy; dan hak-hak untuk menyertai
masyarakat awam dan
politik seperti
kebebasan berpersatuan,
kebebasan berhimpun, the
kebebasan membuat petisyen, dan
hak mengundi.Hak awam dan politik merupakan komponen asli dan utama
hak asasi manusia antarabangsa.
[4] Ia termaktub dalam bahagian pertama
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (manakala bahagian kedua terdiri daripada
hak ekonomi, sosial dan kebudayaan).Istilah "hak awam" merupakan terjemahan daripada ungkapan ius civis dalam bahasa Latin yang bermaksud "hak warganegara". Sungguhpun warganegara Rom terdiri daripada yang bebas (libertas) dan yang abdi (servitus), namun mereka semua mempunyai hak di bawah undang-undang.
[5] Selepas keluarnya
Dekri Milan pada tahun 313, hak-hak ini termasuklah kebebasan beragama.
[6] Doktrin undang-undang Rom punah sewaktu Zaman Pertengahan, namun tuntutan hak sejagat masih boleh dibuat berasaskan doktrin keagamaan. Menurut para ketua
Pemberontakan Kett (1549), "semua yang abdi boleh dibebaskan, kerana Tuhan menjadikan mereka semua bebas dengan tumpahan darah-Nya yang berharga."
[7]