Fil Marsyal Harold Rupert Leofric George Alexander, Earl Alexander Tunis Pertama,
KG,
GCB,
OM,
GCMG,
CSI,
DSO,
MC,
CD,
PCc,
PC (10 Disember 1891 - 16 Jun 1969), adalah seorang pegawai kanan
Tentera Darat British yang berkhidmat dengan cemerlang di kedua-dua
Perang Dunia I dan
Perang Dunia II dan, selepas itu, sebagai
Gabenor Jeneral Kanada yang Ke-17 semenjak
Konfederasi Kanada.Alexander telah dilahirkan di
London, England, kepada keluarga
bangsawan dan mendapat pendidikan di
Sekolah Harrow sebelum berpindah ke
Maktab Tentera Diraja, Sandhurst, untuk dilatih sebagai pegawai tentera
Pengawal Ireland. Beliau menjadi terkenal menerusi perkhidmatannya dalam Perang Dunia Pertama, menerima pelbagai anugerah dan pingat, dan menyambung kerjaya tenteranya melalui pelbagai kempen British di serata Eropah dan Asia. Dalam Perang Dunia II, Alexander menyelia peringkat akhir
pemindahan tentera Bersekutu dari Dunkirk dan kemudian memegang jawatan tinggi pemerintahan medan di
Burma,
Afrika Utara dan
Itali, termasuk bertugas sebagai Panglima Tertinggi Timur Tengah dan memerintah
Kumpulan Tentera Darat Ke-18 di
Tunisia. Beliau kemudian memerintah
Kumpulan Tentera Darat Ke-15 untuk
menawan Sicily dan sekali lagi berjuang di Itali sebelum menerima
baton fil marsyalnya dan dilantik Pemerintah Bersekutu Tertinggi Mediterranean.Pada tahun 1946 beliau telah dilantik sebagai Gabenor Jeneral oleh
Raja George VI, atas cadangan
Perdana Menteri Kanada William Lyon Mackenzie King, bagi menggantikan
Earl Athlone sebagai
Wizurai, dan beliau menduduki jawatan itu sehingga digantikan oleh
Vincent Massey pada 1952. Alexander terbukti bersemangat dengan padang belantara Kanada dan merupakan seorang gabenor jeneral yang popular dengan rakyat Kanada. Beliau adalah gabenor jeneral terakhir yang bukan kelahiran Kanada sebelum pelantikan
Adrienne Clarkson pada tahun 1999, serta gabenor jeneral terakhir dilantik sebagai bangsawan Britain.Selepas tamat tempoh pemerintahannya, Alexander mengangkat sumpah ke
Majlis Privi Ratu bagi Kanada dan selepas itu,
[1] untuk berkhidmat sebagai
Menteri Pertahanan British dalam
Kabinet Winston Churchill, ke
Majlis Privi Imperial. Alexander bersara pada 1954 dan meninggal dunia pada tahun 1969.