Sejarah Harta_intelek

Rencana–rencana utama: History of patent law dan History of copyright law
Statut Anne mula berkuat kuasa pada tahun 1710

Kegunaan moden bagi istilah hak milik intelektual bermula seawal 1867 dengan penubuhan Persekutuan Jerman Utara yang perlembagaannya memberikan kuasa legislative bagi perlindungan hak milik intelektual (Schutz des geistigen Eigentums) kepada persekutuan.[5] Apabila setiausaha pentadbiran diwujudkan melalui Persidangan Paris bagi Perlindungan Hakmilik Industri (1883) dan Persidangan Berne bagi Perlindungan Hasil Kesusteraan dan Artistik (1886) digabung pada tahun 1893, ia terletak di Berne, dan turut menerima pakai istilah hak milik intelektual dalam nama gabungan baru, United International Bureaux bagi Perlindungan Hakmilik Intelektual. Organisasi tersebut kemudiannya dipindahkan ke Geneva pada tahun 1960, dan diganti pada tahun 1967 dengan penubuhan Organisasi Hakmilik Intelektual Dunia /World Intellectual Property Organization (WIPO) melalui “Convention Establishing the World Intellectual Property Organization” sebagai agensi Bangsa-bangsa Bersatu. Menurut Lemley, hanya pada masa ini istilah ini mula digunakan di Amerika Syarikat (yang bukan merupakan anggota Persidangan Berne),[2] dan tidak menjadi popular sehingga perenggan dalam Akta Bayh-Dole pada tahun 1980.[6]

"Sejarah paten tidak bermula dengan ciptaan, tetapi sebaliknya dengan anugerah diraja oleh Queen Elizabeth I (1558-1603) bagi keistimewaan monopoli... Bagaimanapun, sekitar 200 tahun selepas berakhirnya pemerintahan Elizabeth, patent mewakili hak perundangan yang didapati olehpencipta bagi memberikan kawalan ekslusif ke atas pengeluaran dan jualan ciptaan saintifik atau mekanikal... menggambarkan evolusi paten dari hak diraja kepada doktrin undang-undang awam."[7]

Pada tahun 1818 dalam himpunan penulisannya, ahli teori liberal Perancis, Benjamin Constant, menentang idea “hak milik” yang baru diperkenalkan yang dikenali sebagai intelektual."[8] Istilah hak milik intelektual mula digunakan pada keputusan Massachusetts Circuit Court Oktober 1845 dalam kes paten Davoll et al. v. Brown., dalam mana Hakim Charles L. Woodbury menulis bahawa "hanya dengan cara ini kita boleh melindungi hak milik intelektual, usaha buah fikiran, pengeluaran dan kepentingan adalah milik seseorang...seperti gandum yang dia semai, atau ternakan yang digembalanya."[9] Kenyataan bahawa "jumpaan adalah...hak milik" wujud lebih awal lagi. Seksyen 1 dalam perundangan Perancis 1791 menyatakan, "Semua jumpaan baru merupakan hak milik pengarang; bagi menjamin pencipta hak milik dan nikmat sementara jumpaannya, yang akan diberikan padanya paten bagi lima, sepuluh atau lima belas tahun."[10] Di Eropah, pengarang Perancis A. Nion mennulis propriété intellectuelle dalam Droits civils des auteurs, artistes et inventeurs, diterbitkan pada 1846.

Sehingga masakini, tujuan undang-undang hak milik intelektual adalah bagi memberikan perlindungan sedikit mungkin agar menggalakkan ciptaan. Dengan itu, dalam sejarah, ia hanya diberikan hanya apabila ia perlu bagi menggalakkan penciptaan, dalam tempoh dan ruang yang terhad.[11]

Asal konsep ini boleh dijejak lebih lama lagi. Undang-undang Yahudi dari segi beberapa pertimbangan yang kesannya adalah sama dengan undang-undang intelek moden, sungguhpun konsep ciptaan intelek sebagai harta tidak kelihatan wujud – terutamanya prinsip Hasagat Ge'vul (unfair encroachment) digunakan bagi menghadkan hakcipta penerbitan tempoh terhad (tetapi bukan bagi pengarang) pada kurun ke-16. [12]

Pada masa kini, terutamanya di Amerika Syarikat, matlamat perundangan intelektual dan mereka yang menyokongnya adalah "perlindungan mutlak ". "Pemikirannya adalah sekiranya sebahagian harta intelektual diingini kerana ia menggalakkan penciptaan, lebih banyak lebih baik. Tanggapannya adalah pencipta tidak akan mempunyai dorongan bagi mencipta kecuali mereka secara sah berhak mendapatkan nilai social penuh bagi ciptaan mereka." [13] Perlindungan mutlak atau pandangan nilai penuh melihat harta intelek sebagai satu lagi jenis harta 'sebenar', biasanya mengambil perundangan dan rhetoriknya.

Dorongan kewangan

Hak ekslusif ini membenarkan pemilik harta intelek bagi mendapatkan keuntungan dari harta yang mereka cipta, memberikan dorongan kewangan bagi ciptaan dalam harta intelektual, dan dalam kes paten, membayar kos penyelidikan dan pembangunan.[14] Sesetengah pengulas, seperti David Levine dan Michele Boldrin, mempertikai justifikasi ini.[15]

Pertumbuhan ekonomi

Perjanjian WIPO dan beberapa persetujuan antarabangsa berkait adalah berasaskan atas idea bahawa perlindungan hak harta hakcipta adalah penting bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Buku panduan Harta Intelek WIPO memberikan dua alasan bagi undang-undang harta intelek:

Satu adalah bagi memberikan eksperisi statut pada hak moral dan ekonomi bagi ciptaan mereka dan hak bagi awam capaian bagi ciptaan tersebut. Kedua adalah bagi mempromosi, sebagai tindakan sengaja polisi Kerajaan, kreatif dan penyebaran dan penggunaan hasilnya dan bagi menggalakkan perdagangan adil yang akan menyumbang pada pembangunan social dan ekonomi. [16]

Rujukan

WikiPedia: Harta_intelek http://resolver.scholarsportal.info.myaccess.libra... http://www.free-culture.cc/freeculture.pdf http://www.dklevine.com/archive/refs41222470000000... http://www.dklevine.com/papers/imbookfinalall.pdf http://www.globalizationandhealth.com/content/3/1/... http://www.google.com/books?id=u2aMRA-eF1gC&dq=sta... http://www.jlaw.com/Articles/copyright1.html http://www.ladas.com/Patents/USPatentHistory.html http://www.nytimes.com/2007/05/20/opinion/20helpri... http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=320...