Kritikan Harta_intelek

Lencana "Menyalin bukanlah mencuri!" dengan watak menyerupai Mickey Mouse merupakan sindiran visual pada Mickey sebagai symbol keseluruhan industry harta intelek dan pendiriannya terhadap menyalin.

Istilah itu sendiri

Pengasas Yayasan Perisian Bebas Free (“Software Foundation”, Richard Stallman menegaskan bahawa, sungguhpun istilah harta intelek digunakan secara meluas, ia patut disingkirkan sama sekali, kerana ia secara sistematik mengherot dan mengaburkan isu ini, dan kegunaannya telah, dan digalakkan oleh mereka yang mendapat keuntungan dari kekeliruan ini.." Dia mendakwa bahawa istilah "beroperasi sebagai pengumpul bagi mengambil semua undang-undang berlainan [yang] asalnya beza, berubah secara berlainan, merangkumi aktiviti berlainan, memiliki peraturan berbeza, dan menimbulkan isu polisi awam yang berbeza " dan ia mencipta "bias" dengan mengelirukan monopoli ini dengan hak milik benda fizikal, menyamakan ia dengan "hak milik harta ".[19] Stallman menyokong merujuk pada hak cipta, paten, dan cap dagang secara berasingan dan memberi amaran dari secara memetik undang-undang berlainan kepada istilah berkumpulan.

Lawrence Lessig, bersama ramai lagi penggerak copyleft dan perisian bebas, telah mengkritik membayangkan persaman dengan harta fizikal (seperti tanah atau kereta). Mereka menegaskan bahawa persamaan sedemikian gagal kerana harta fizikal pada umumnya bersaing sementara karya intelek tidak bersaing (iaitu sekiranya seseorang membuat salinan, menggunakan salinan tidak menghalang kegunaan yang asal).[20]

Kelemahan

Sebahagian pengkritik hak intelek, seperti mereka dalam pergerakan budaya bebas, menunding monopoli intelek sebagai mengancam kesihatan, menghalang kemajuan, dan menumpu keuntungan dengan menyukarkan orang ramai,[21][22] dan menegaskan bahawa kepentingan umum terhakis oleh monopoli mahal berpanjangan dalam bentuk sambungan hak cipta, paten perisian, dan paten kaedah perniagaan.

Jawatankuasa bagi Hak Ekonomi, Masyarakat, dan Budaya menyedari bahawa "pertikaian mungkin wujud antara mematuhi dan perlaksanaan sistem harta intelek semasa dan hak kemanusiaan yang lain".[23] Ia menegaskan bahwa harta intelek cenderung dipimpin oleh matlamat ekonomi apabila ia patut dilihat terutamanya sebagai hasil masyarakat; untuk menyumbang pada kemakmuran manusia, sistem harta intelek perlu menghormati dan menurut undang-undang hak kemanusiaan. Menurut Jawatankuasa tersebut, apabila sistem gagal melakukannya ia berisiko melanggar hak kemanusiaan pada makanan dan kesihatan, dan penyertaan budaya dan kebaikan saintifik.[24]


Kritikan lain undang-undang hak intelek berkaitan dengan kecenderungan bagi perlindungan hak intelek untuk meningkat, dari segi tempoh dan jangkauan. Trend adalah kearah perlindungan hak cipta yang lebih panjang. [25] (menimbulkan kebimbangan bahawa satu masa ia akan menjadi abadi selamanya).[20][26][27][28] Tambahan lagi, pembangunan dan pengawal barangan di bawah harta intelek telah cuba membawa lebih banyak perkara di bawah perlindungan. Patent telah diberikan bagi organisma hidup,[29] (dan di Amerika Syarikat, sesetengah organisma hidup tertentu telah boleh dipaten selama lebih satu kurun)[30] dan warna juga telah di daftar dibawah cap dagang.[31] Disebabkan ia adalah sistem monopoli yang diberikan oleh kerajaan hakcipta, paten, dan cap dagang telah dipanggil keistimewaan monopoli intelek (“intellectual monopoly privilege-IMP”) satu topic yang mana beberapa sarjana, termasuk Birgitte Andersen[32] dan Thomas Alured Faunce[33] telah menulis mengenainya.

Rujukan

WikiPedia: Harta_intelek http://resolver.scholarsportal.info.myaccess.libra... http://www.free-culture.cc/freeculture.pdf http://www.dklevine.com/archive/refs41222470000000... http://www.dklevine.com/papers/imbookfinalall.pdf http://www.globalizationandhealth.com/content/3/1/... http://www.google.com/books?id=u2aMRA-eF1gC&dq=sta... http://www.jlaw.com/Articles/copyright1.html http://www.ladas.com/Patents/USPatentHistory.html http://www.nytimes.com/2007/05/20/opinion/20helpri... http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=320...