Henry Morgenthau Jr.
Henry Morgenthau Jr.

Henry Morgenthau Jr.

Henry Morgenthau Jr. [ˈmɔrɡənθɔː, mor-gĕn-tho] (11 Mei 1891 – 6 Februari 1967) merupakan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat semasa pemerintahan Presiden Franklin D. Roosevelt.Beliau memainkan peranan penting dalam membentuk rancangan menyeluruh merangkumi projek, regulasi dan reformasi kewangan yang membantu memulihkan keadaan ekonomi Amerika Syarikat setelah dilanda Kemelesetan Besar dari tahun 1933 sehingga 1936. Beliau juga terlibat dalam kuasanya sebagai Bendahara menjaga hal kewangan Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia Kedua[1] serta juga menggubal polisi luar negara negara tersebut pada zaman itu termasuk sokongan terhadap republik China menumpaskan Empayar Jepun, membantu pelarian Yahudi yang tertindas di Eropah mendapatkan perlindungan suaka serta mengusulkan "suatu rancangan pelumpuhan keupayaan Jerman rejim Nazi menjalankan kegiatan ketenteraannya melalui pemusnahan kawasan perindustrian dan perlombongan di sana.[2]