Henry_Maitland_Wilson
Henry_Maitland_Wilson

Henry_Maitland_Wilson


Perang Dunia PertamaPerang Dunia KeduaFil Marsyal Henry Maitland Wilson, Baron Wilson Pertama, GCB, GBE, DSO (5 September 1881 – 31 Disember 1964), juga dikenali sebagai Jumbo Wilson, adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British semasa Perang Dunia Kedua. Beliau terlibat secara aktif dalam Perang Boer Kedua dan kemudian dalam Perang Dunia I di Somme dan di Passchendaele. Semasa Perang Dunia II beliau berkhidmat sebagai Panglima Tentera British di Mesir, dimana peranannya melancarkan Operasi Compass, menyerang tentera Itali dengan kejayaan yang besar, pada Disember 1940. Beliau dilantik sebagai Gabenor Tentera Cyrenaica pada Februari 1941, memerintah angkatan ekspedisi Komanwel ke Greece pada April 1941 dan Panglima (GOC) Tentera British di Palestin dan Trans-Jordan pada Mei 1941.Wilson menjadi Panglima Tentera Darat Kesembilan di Syria dan Palestin pada Oktober 1941, Panglima Markas Parsi dan Iraq pada Ogos 1942 dan Panglima Markas Timur Tengah pada Februari 1943. Pada peringkat akhir peperangan beliau menjadi Pemerintah Bersekutu Tertinggi di Mediterranean, dari Januari 1944, dan kemudian Ketua Misi Staf Bersama British di Washington D. C. dari Januari 1945.

Henry_Maitland_Wilson