Sejarah Hikayat_Seribu_Satu_Malam

Semasa pemerintahan dinasti Abbasiyyah Arab di bawah Khalifah Harun al-Rashid pada abad ke-8, Baghdad telah menjadi sebuah bandar raya kosmopolitan yang utama. Terdapat ramai pedagang-pedagang dari Parsi (Iran), China, India, Afrika, dan Eropah di Baghdad. Adalah pada tempoh itu bahawa banyak cerita, yang asalnya merupakan budaya rakyat, dikumpul secara lisan dan kemudiannya disusun dalam sebuah buku yang tunggal.

Teras untuk hikayat-hikayat itu ialah sebuah buku Parsi Ssassanid Pahlavi yang bertajuk Hazâr Afsâna[2] ('Seribu Mitos', dalam Bahasa Parsi: هزارافسانه‎). Penyusun dan penterjemah untuk bahasa Arab dikatakan Abu abd-Allah Muhammed el-Gahshigar, seorang Arab yang hidup pada abad ke-9. Cerita rangka Shahrazad kelihatan ditambahkan pada abad ke-14. Susunan bahasa Arab moden yang sulung diterbitkan di Kaherah pada tahun 1835, dan berdasarkan penulisan-penulisan Mesir.