Sejarah Hungary_Uthmaniyyah

Kedudukan politik sekitar tahun 1572: Kerajaan Beraja Habsburg Hungary (Hungary Diraja), Prinsipaliti Transylvania, dan eyalet-eyalet UthmaniyyahKedudukan politik sekitar tahun 1683: Kerajaan Beraja Habsburg Hungary (Hungary Diraja), Prinsipaliti Hungary Hulu di bawah Imre Thököly (wujud antara tahun 1682-1685), Prinsipaliti Transylvania, dan eyalet-eyalet Uthmaniyyah (Eyalet Budin, Eyalet Varat, Eyalet Eğri, Eyalet Temeşvar) Sebuah peta menunjukan sempadan penempatan penduduk Hungary yang musnah sepenuhnya semasa pendudukan Uthmaniyyah di Hungary

Menjelang kurun ke-16, kuasa empayar Uthmaniyyah meningkat secara perlahan-lahan, seperti juga keluasan wilayah yang berada di bawah kekuasaan mereka di Balkan, sementara itu Kerajaan Beraja Hungary dilemahkan oleh pemberontakan-pemberontakan oleh para petani. Di bawah pemerintahan Louis II Jagiellon (1516–1526), perpecahan dalaman membahagikan para bangsawan.[petikan diperlukan]

Setelah diprovokasi oleh serangan diplomatik, Sulaiman al-Qanuni (1520–1566) menyerang Kerajaan Beraja Hungary dan menawan Belgrade pada tahun 1521. Beliau tanpa ragu-ragu melancarkan satu serangan ke atas kerajaan yang lemah ini, yang mana memiliki tentera yang lebih kecil dan lemah (sekitar 26,000 tentera Hungary dibandingkan dengan 45,000 tentera Uthmaniyyah) yang mana berjaya dikalahkan pada 29 Ogos 1526 dalam Pertempuran Mohács. Oleh itu, beliau menjadi tokoh yang berpengaruh dalam Kerajaan Beraja Hungary. Sementara itu, sekutu vasal beliau yang bernama John I Zápolya dan musuh beliau Ferdinand I kedua-duanya menuntut takhta kerajaan ini. Suleyman terus mara dan cuba menghancurkan tentera Austria, akan tetapi pengepungan ke atas Vienna pada tahun 1529 menemui kegagalan selepas bertembung dengan musim sejuk dan memaksa beliau mengundurkan pasukan tentera. Perebutan gelaran Raja terus menjadi pertikaian antara Zápolya dengan Ferdinand sehingga tahun 1540. Selepas penawanan Buda oleh empayar Uthmaniyyah pada tahun 1541,[1] wilayah Hungary Barat dan Utara mengakui dinasti Habsburg sebagai Raja ("Hungary Diraja"), sementara wilayah tengah dan selatan yang diduduki oleh Sultan Uthmaniyyah dan wilayah timur yang berada di bawah kekuasaan anak lelaki Zápolya di bawah nama Kerajaan Beraja Hungary Timur yang mana selepas tahun 1570 menjadi Prinsipaliti Transylvania. Sementara itu, seramai 17,000 hingga 19,000 askar-askar yang mempertahankan kubu-kubu Uthmaniyyah di negara Hungary kini merupakan penganut Ortodoks dan Muslim Slav Balkan.[2] Orang Slav Selatan juag berkhidmat sebagai askar akıncı dan trup-trup ringan lain yang bertujuan untuk mempertahankan wilayah di Hungary.[3]

Askar-askar Uthmaniyyah di wilayah yang kini terletak dalam Hungary

Pada waktu ini, wilayah yang kini terletak dalam negara Hungary mula berubah di sebabkan pendudukan Uthmaniyyah. Tanah yang luas masih tidak dihuni dan ditutupi hutan. Dataran banjir menjadi paya. Kehidupan penduduk di sebelah wilayah Uthmaniyyah tidak selamat. Para petani melarikan diri ke hutan dan paya, menubuhkan kumpulan-kumpulan gerila yang dikenali sebagai tentera Hajdú. Akhirnya, wilayah membawa kerugian kepada empayar Uthmaniyyah, menghabiskan banyak dana dan sumber untuk menjaga kubu-kubu di sempadan yang panjang. Bagaimanapun, beberapa bahagian di wilayah ini menikmati kemakmuran ekonomi. Dengan kawasan luas yang tidak didiami, kota-kota menternak lembu yang digembala ke selatan Jerman dan utara Itali - dalam beberapa tahun mengeksport 500,000 ekor lembu. Wine didagangkan ke tanah Czech, Austria dan Poland.[petikan diperlukan]

Kekalahan tentera Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Wizurai Besar Kara Mustafa Pasha dalam Pengepungan Vienna Kedua pada tahun 1683, di tangan tentera gabungan Poland dan Empayar Suci Rom yang diketuai oleh John III Sobieski, merupakan peristiwa yang memuktamadkan keseimbangan kuasa di wilayah ini.[petikan diperlukan] Di bawah terma-terma Perjanjian Karlowitz, yang mana menamatkan Perang Turki Besar pada tahun 1699, empayar Uthmaniyyah melepaskan kebanyakan wilayah yang ditawan sebelumnya daripada Kerajaan Beraja Hungary pada Zaman Pertengahan kepada Habsburg. Berikutan perjanjian ini, para anggota keluarga dinasti Habsburg mentadbir Kerajaan Beraja Hungary Habsburg yang lebih luas (sebelumnya mereka hanya berkuasa di kawasan yang dikenali sebagai "Hungary Diraja"; lihat Kerajaan Beraja Hungary (1538–1867)).[petikan diperlukan]

Pada tahun 1540-an, terdapat sejumlah empat buah kubu kota utama di Buda (2,965), Pest (1,481), Székesfehérvár (2,978) dan Esztergom (2,775) yang dijaga oleh 10,200 orang tentera.[4]

Jumlah tentera yang ditempatkan di garison hadapan Hungary Uthmaniyyah berbeza-beza, tetapi semasa zaman kemuncaknya pada pertengahan kurun ke-16, ia meningkat antara 20,000 hingga 22,000 orang. Bagi sebuah pasukan tentera yang menduduki negara sebesar Hungary, meskipun dipusatkan di kawasan tengah, jumlah ini secara relatifnya agak kecil di mana kebanyakan mereka ditempatkan di kubu kota yang utama.[5]

Pada tahun 1640, apabila kawasan perbatasan masih dikira aman, 8,000 orang tentera Janissari disokong oleh tentera tempatan yang direkrut dengan jumlah yang tidak dinyatakan adalah cukup untuk menjaga keseluruhan Eyalet Budin.[5]