Pentadbiran Hungary_Uthmaniyyah

Tentera Uthmaniyyah mengepung Estolnibelgrad (kemungkinan Székesfehérvár) di Hungary.
Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini, sila lihat Organisasi negara dalam Empayar Uthmaniyyah.

Wilayah dibahagikan kepada beberapa Eyalet (provinsi), yang mana kemudian dikecilkan lagi kepada beberapa Sanjak, dengan diketuai oleh seorang pegawai tertinggi Uthmaniyyah yang bergelar Pasha Budin. Asalnya, wilayah yang dikuasai oleh Uthmaniyyah di negara Hungary (kini) merupakan sebahagian daripada Eyalet Budin. Kemudian, beberapa eyalet baru diasaskan: Eyalet Temeşvar, Eyalet Zigetvar, Eyalet Kanije, Eyalet Egir, dan Eyalet Varat. Pusat-pusat pentadbiran bagi Eyalet Budin, Zigetvar, Kanije dan Egir terletak di dalam wilayah Hungary, sementara bagi Eyalet Temeşvar dan Varat pula terletak di dalam wilayah yang kini berada dalam Romania juga termasuk beberapa tempat dalam negara Hungary pada hari ini. Sepertimana Eyalet Budin, Zigetvar, Kanije dan Egir juga terdiri daripada wilayah-wilayah yang kini terletak di Serbia, Croatia, Slovakia dan Kosovo. Para pasha dan Sanjak-Bey bertanggungjawab ke atas pentadbiran, kehakiman dan pertahanan. Satu-satunya kepentingan Uthmaniyyah adalah untuk memastikan kekuasaan mereka di wilayah ini.

Sublime Porte (para pemerintah Uthmaniyyah) menjadi pemilik tanah tunggal dan menguruskan sekitar 20 peratus tanah untuk kegunaan mereka sendiri, membahagi-bahagikan selebihnya kepada para tentera dan penjawat awam. Tuan tanah Uthmaniyyah lebih tertarik untuk mendapat kekayaan secepat mungkin. Salah satu kepentingan Sublime Porte adalah mengutip cukai. Hanya sedikit cukai yang masih tersisa untuk dikutip oleh bekas tuan tanah; Kebanyakan para bangsawan dan sebilangan besar penduduk berketurunan campur berhijrah ke wilayah Kerajaan Beraja Hungary Habsburg ("Hungary Diraja"). Peperangan, penjualan hamba and penghijrahan para bangsawan yang kehilangan tanah mereka menyebabkan penyusutan penduduk di desa. Bagaimanapun, Uthmaniyyah memberi tolenrasi agama yang membenarkan pelbagai etnik untuk tinggal di dalam empayar dengan autonomi ketara dalam bidang hubungan dalam negeri. Kota-kota mengekalkan beberapa pentadbiran sendiri dan kelas pertengahan yang makmur dibangunkan melalui kesenian dan perdagangan.