IKIM.fm

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai Radio IKIM (dahulu dikenali sebagai IKIM.fm)[1] merupakan sebuah stesen radio di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Radio IKIM merupakan stesen radio berunsur Islam pertama di Malaysia yang beroperasi selama 24 jam. Radio IKIM telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001.Radio IKIM dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. Radio IKIM juga boleh didengari di Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Songkhla, Betong, Narathiwat dan Pattani). Frekuensi stesen radio ini dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang) pada awal tahun 2000. Radio IKIM juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi laman sesawangnya.Sekitar 95% program Radio IKIM dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan bahawa sekitar 786,000 orang pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.

IKIM.fm

Pemilik Institut Kefahaman Islam Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu (utama)
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Frekuensi Berbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi)
Tarikh siaran pertama 6 Julai 2001; 18 tahun yang lalu (2001-07-06)
Kawasan penyiaran Malaysia, Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Songkhla, Betong, Narathiwat dan Pattani)
Slogan Pilihan Utama Anda (sejak 6 Julai 2001; 18 tahun yang lalu (2001-07-06))
Inspirasi Inforia Islami (sejak 30 Januari 2019; 11 bulan yang lalu (2019-01-30))
Tapak web https://www.ikim.my
Bandaraya lesen Kuala Lumpur