Sejarah Idola_Jepun

Fenomena ini muncul dalam tahun awal 1970-an. Filem Perancis Cherchez l'idole (judul Jepun: Aidoru o Sagase) dimainkan di Jepun pada tahun 1964. Pelakonnya, Sylvie Vartan dan Mylène Demongeot perempuan muda serta comel, menggalakkan penggunaan meluas istilah aidoru untuk pelakon filem dan artis yang berlainan daripada orang biasa. Imej idola dibentuk berdasarkan rasa keindahan khas Jepun yang diungkapkan dalam penampilan keanak-anakan, kecomelan, perasaan keakraban, serta mudah dijumpai sehari-harian.[8][4][1][6][7][9]

Idola dekad 1990-an tidak lagi terbatas pada penyanyi, justeru meluas kepada idola iklan televisyen, idola model majalah, idola bikini, dan sebagainya.

Idola wanita tahun akhir 1990-an hingga 2010-an

Hello! Project yang dihasilkan oleh Tsunku telah melahirkan pelbagai macam unit dan penyanyi idola termasuk Morning Musume, Aya Matsuura, Berryz Kobo, Cute, S/mileage dan Juice=Juice.

Yasushi Akimoto telah menghasilkan beberapa kumpulan idola Jepun seperti AKB48 (yang bermain di panggung di Akihabara), SKE48 (Sunshine Sakae, Nagoya), NMB48 (Namba, Osaka), HKT48 (Hakata, Fukuoka) dan Nogizaka46.

Stardust Promotion membentuk Momoiro Clover Z, Shiritsu Ebisu Chugaku, dan lain-lain.

Kehidupan di sekolah dan aktiviti kokurikulum merupakan tema Sakura Gakuen. Anggotanya mengikuti aktiviti kokurikulum seperti unit baton twirling (Twinklestars) dan unit heavy metal (Babymetal).[10]

Rujukan

WikiPedia: Idola_Jepun http://www.amazon.com/Islands-Eight-Million-Smiles... http://books.google.com/books?id=LrWAoxzNzRMC&pg=P... http://books.google.com/books?id=X4uk9vgoyDcC http://books.google.com/books?id=b0Wrsu0LHtoC&pg=P... http://www.kinokopress.com/inko/cyber.html http://www.fas.harvard.edu/~asiactr/publications/p... http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20090825i... http://www.universal-music.co.jp/sakuragakuin/biog... http://www.ru.emb-japan.go.jp/ABOUT/CULTURE_ABOUT/... http://dictionary.goo.ne.jp/leaf/jn2/1135/m0u/