Ikan_Selatan
Ikan_Selatan

Ikan_Selatan

Ikan Selatan atau Piscis Austrinus (PsA; juga dikenali sebagai Piscis Australis) ialah sebuah buruj di hemisfera samawi selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "ikan selatan", berlawanan dengan buruj yang lebih besar Pisces (Ikan), yang mewakili sepasang ikan. Sebelum abad ke-20, buruj ini juga dikenali sebagai Piscis Notius. Satu-satu bintangnya yang lebih cerah daripada magnitud ke-4 ialah Fomalhaut, yang merupakan sebuah bintang magnitud pertama dan merupakan bintang ke-18 tercerah di langit malam.Piscis Austrinus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Bintang-bintang buruj moden Grus (Keria) pernah membentuk "ekor" Ikan Selatan. Pada 1597 (atau pada 1958), Petrus Plancius menghasilkan sebuah buruj terpisah dan menamaikan sempena jenjang atau keria.Dalam mitologi Yunani, buruj ini dikenali sebagai Ikan Besar dan digambarkan menelan air yang dicurahkan oleh Aquarius (Timba), buruj timba. Dua ekor ikan bagi buruj Pisces (Ikan) dikatakan sebagai anak kepada Ikan Besar. Dalam mitologi Mesir, ikan ini menyelamatkan nyawa dewi Mesir Isis, maka ia menempatkan ikan ini dan keturunannya ke syurga sebagai buruj bintang.[1]

Ikan_Selatan

Bintang utama 7
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 1
Bintang dalam 10.00 pc(32.62 ly) 3
Objek Messier 0
Bintang Bayer/Flamsteed 21
Sebutan /pisis austrinus/ atau /pisis australis/, genitif /pisis austrini/ atau /pisis australis/
Bintang terhampir Lacaille 9352
(10.74 tc, 3.29 pc)
Bintang dengan planet 3
Nama Latin Piscis Austrinus
Genitif Piscis Austrini
Singkatan PsA
Keluasan 245 darjah persegi (ke-60)
Bintang paling terang Fomalhaut (α PsA) (1.16m)
Keserongan −30
Keluarga Perairan Langit
Buruj bersempadan
Simbolisme Ikan Selatan
Jarak hamal 22
Sukuan SQ4