Organisasi Ikatan_Muslimin_Malaysia

Presiden ISMA

ISMA hari ini diterajui oleh Haji Aminuddin bin Yahaya yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), sebuah gabungan NGO-NGO Islam yang bersepakat di bawah fahaman memperjuangkan isu-isu yang dianggap memanfaatkan umat Islam, orang Melayu dan Bumiputra.

Keahlian

ISMA membuka keahlian kepada masyarakat yang berusia 18 tahun dan ke atas secara atas talian.

Malaysia

ISMA mempunyai 38 cawangan berdaftar di seluruh Malaysia dan menjalankan pelbagai program dan aktiviti setempat melalui cawangan-cawangan ISMA.

Luar Malaysia

ISMA di luar negara digerakkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang komited dengan fikrah dan matlamat ISMA. ISMA di luar negara bergerak sebagai persatuan kebajikan dan akademik mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di luar negara.[6] Cawangan luar negaranya yang pertama didirikan di Mesir pada tahun 2006 dengan penubuhan jawatankuasa penaja sebelum dirasmikan pada tahun 2008 dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). [6]

Cawangan kedua terletak di Australia yang dilancarkan secara rasmi di Melbourne pada 16 Julai 2009 disempurnakan oleh Setiausaha I Duta Besar Malaysia di Australia, Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee di University of Melbourne.[7] 3 cawangan benua lain iaitu Adelaide, Brisbane dan Sydney turut menyusul.[8] Jordan turut menjadi pilihan cawangan di Timur Tengah setelah didaftarkan secara rasmi dengan Education Malaysia Jordan (EMJ) pada 18 Januari 2012[9].

UK-Eire,[10] India, Jepun, Korea dan New Zealand juga mempunyai cawangan-cawangan ISMA yang tersendiri.

Rujukan

WikiPedia: Ikatan_Muslimin_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-malaysia/artikel-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dalang-c... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/marina-m... http://www.ismaaustralia.com/ http://www.ismaeropah.com/profil/pengenalan/ http://ismamesir.com/v2/category/info-isma-mesir/p... http://www.themalaymailonline.com/print/malaysia/m... http://accinmalaysia.wordpress.com/ http://inijalanku.wordpress.com/2009/07/28/tahniah... http://remajaisma.wordpress.com/