Indon
Indon

Indon

Indonesia merupakan satu istilah ringkasan bagi panggilan orang Indonesia, sama seperti Brit kepada Briton/British (orang British) dalam bahasa Inggeris. Perkataan ini digunakan secara meluas termasuk oleh beberapa negara lain seperti Australia,[1][2] Filipina,[3] Malaysia dan Singapura.[4][5]Antara kegunaan awal istilah ini adalah dalam The Encyclopedia Americana‎ oleh Bernard S. Cayne, Robert S Anderson, Sue R Brandt (1829).[6] Sesetengah media Indonesia pernah menggunakan istilah ini, seawal 1963 sehingga 1982,[7][8][9] bagaimanapun istilah ini tidak lagi digunakan.Antara kegunaan awal istilah ini adalah dalam The Encyclopedia Americana‎ oleh Bernard S. Cayne, Robert S Anderson, Sue R Brandt (1829).[6] Sesetengah media Indonesia pernah menggunakan istilah ini, seawal 1963 sehingga 1982,[10] Bagaimanapun sekitar 2006, timbul bantahan oleh pemerintah dan rakyat Indonesia mengenai penggunaan perkataan Indon yang dianggap menghina. Isu tersebut turut dibincang pada peringkat kerajaan Indonesia.[11]Sehubung dengan itu, pemerintah Indonesia melalui Setiausaha Penerangan & Kemanusiaan (Sekretaris I Penerangan & Humas KBRI ) Eka A. Suripto menjelaskan bahawa pihak Duta Indonesia sudah menyampaikan bantahan secara rasmi kepada duta Malaysia di Indonesia pada 13 Mei 2007. Pihak kerajaan Malaysia kemudian mengambil tindakan serta merta dengan mengeluarkan larangan penggunaan istilah ini secara rasmi oleh Kementerian Penerangan Malaysia, pada 24 Mei 2007.[12][13]Sehubung dengan perkara tersebut, kesemua media massa Malaysia telah mengelakkan penggunaan perkataan tersebut dalam laporan mereka sebagai menghormati permintaan pemerintah Indonesia.[14]

Rujukan

WikiPedia: Indon http://www.brisbanetimes.com.au/news/world/amnesty... http://www.smh.com.au/news/World/Boat-sinks-off-In... http://www.allsingaporestuff.com/article/dr-ng-eng... http://www.antaranews.com/berita/89432/umno-minta-... http://www.detiknews.com/indexfr.php?url=http://ww... http://www.dutamasyarakat.com/rubrik.php?id=20247&... http://www.encyclopedia.com/doc/1P1-142998563.html http://www.highbeam.com/Search.aspx?q=indon http://fairy.mahdzan.com/story/240.asp http://f4iqun.wordpress.com/2008/01/09/indon-semog...