Kematian Influenza_A_(H1N1)_di_Malaysia

Sehingga 2 Ogos 2009, 5 orang disahkan mati di Malaysia akibat selesema babi ini.

  1. 21 Julai 2009: Seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun dijangkiti Influenza A (H1N1) telah meninggal dunia.[3]
  2. 24 Julai 2009 : seorang rakyat Indonesia (46 tahun) mati kerana degupan jantung tidak terkawal dan berkait dengan H1N1 .Dia mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.[4]
  3. 27 Julai 2009: Wanita 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk . Dia mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru.
  4. 31 Julai 2009 : Kanak-kanak perempuan (10 tahun) di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Bagan Serai, Perak.Mangsa sesak nafas, deman dengan suhu 39 darjah Celcius dan cyanosis.Tiba-tiba tidak sedar sebelum meninggal dunia 30 minit kemudian.[5]Bedah siasat dilakukan di Hospital Alor Setar.
  5. 3 Ogos 2009 : Seorang ibu muda berusia 24 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) meninggal dunia di Miri,Sarawak selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya.

Ia menjadi kes pertama korban H1N1 di Sarawak dan ketujuh di seluruh negara setakat ini.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), r David KL Quek melaporkan anggaran 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat selesema A (H1N1) jika 20 % daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. Kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 % kepada 0.66 %.[6]


Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), r David KL Quek melaporkan anggaran 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat selesema A (H1N1) jika 20 % daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. Kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 % kepada 0.66 %.[7]

Sehingga Ogos 9, 2009, 26 kes kematian telah dicatatkan dan kesemua kes ini melibatkan warganegara Malaysia.

  • 11 OGOS 2009,KES KEMATIAN YANG DICATATKAN DI mALAYSIA ADALAH 32 ORANG

DIHARAP SEMUA RAKYAT MALAYSIA MENGAMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA

Rujukan

WikiPedia: Influenza_A_(H1N1)_di_Malaysia http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php...