Kerjaya Intan_Ladyana

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang pemodelan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005/06 dan terpilih menjadi penghias muka depan majalah Remaja edisi keluaran 15 Jun 2005.

Intan membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) lakonan kumpulan Ruffedge arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham. Beliau membintangi filem ini tanpa dirancang apabila agensi pemodelan yang disertainya memintanya menghadiri uji bakat.[5] Drama pertama lakonannya ialah Jelatang bersama Ryzal Jaafar yang bersiaran di Slot Lestary TV3.[6]

Pada 5 April 2007, beliau berlakon bersama Pierre Andre dalam filem seram Jangan Pandang Belakang arahan Idham yang mana beliau memegang watak pasangan kembar perempuan, Rose dan Seri. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, sekaligus menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Filipina.[7]

Pada 2010, Intan sekali lagi berlakon di bawah arahan Idham menerusi filem aksi komedi pecah panggung, Adnan Sempit bersama Shaheizy Sam dan Yana Samsudin, yang mana beliau memegang watak sebagai Nadia.[8] Kejayaan filem ini membawa kepada penghasilan tiga filem susulan - Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014).[9]

Intan kembali menjayakan watak sebagai Riana dalam drama Bini-Bini Perkasa, yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster lakonannya; beliau kembali digandingkan bersama Yana Samsudin, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012.[10][11]

Pada tahun 2014, beliau melakonan watak Seri Umairah dalam drama Jika Itu Takdirku bersama Shah Iskandar yang bersiaran di Slot Samarinda di TV3.

Selain menjadi pelakon, Intan juga merupakan jurucakap bagi produk kecantikan Shurah.[12]

Rujukan

WikiPedia: Intan_Ladyana http://www.azhan.co/biodata-intan-ladyana-aktress-... http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia... http://www.facebook.com/pages/Intan-Ladyana-Intan-... http://www.imdb.com/name/nm2725758/ http://instagram.com/intanladyana http://www.intanladyana.com/ http://www.ohbulan.com/bini-bini-perkasa-apa-berla... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2007/... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200...