Internet_Explorer_8

Windows Internet Explorer 8 (IE8) merupakan pelayar web yang dibangunkan oleh Microsoft yang dilepaskan pada 19 Mac 2009. Pelayar ini merupakan pengganti kepada Internet Explorer 7 yang dilepaskan pada tahun 2006. Pelayar web IE8 juga merupakan pelayar web asas kepada sistem operasi Windows 7 dan Windows Server 2008 R2.[3] Setakat pada bulan September 2013, anggaran pasaran global IE8 di antara 6.93% hingga 8.73%.[4][5][6]Internet Explorer 8 merupakan versi IE pertama yang melepasi ujian Acid2, walaupun hanya mendapat skor 20/100. Menurut Microsoft, keutamaan diberikan kepada tahap sekuriti, mesra pengguna, peningkatan kualiti dalam RSS, CSS dan sokongan pengaturcaraan Ajax dalam pembinaan IE8.Internet Explorer 8 ialah pelayar web terakhir yang boleh disokong dalam sistem operasi Windows XP dan Windows Server 2003, manakala pelayar web Internet Explorer 9 yang merupakan pengganti kepada IE8 hanya boleh disokong dalam sistem operasi Windows Vista, Windows Server 2008 R2, dan Windows 7.[7][8] Sokongan terhadap Internet Explorer 8 ini bergantung sepenuhnya kepada kitaran sokongan sistem operasi Windows kerana ianya dipasang sebagai salah satu daripada komponen Windows, menjadikan ianya tidak disokong pada Windows XP kerana tempoh sokongan yang telah berakhir untuk sistem operasi ini. Berkuatkuasa pada 12 Januari 2016, Internet Explorer 8 tidak lagi disokong pada mana-mana sistem operasi Windows versi pengguna atau pelayan, kerana polisi baru yang telah ditetapkan yang menyebut hanya versi terbaru Internet Explorer sahaja yang disokong Windows akan disokong[9][10]. Namun begitu, beberapa versi untuk sistem operasi Windows Embedded masih lagi menyokong penggunaan versi Internet Explorer yang lama sehingga berakhirnya tempoh sokongan sistem operasi itu sendiri[11].

Rujukan

WikiPedia: Internet_Explorer_8 http://news.cnet.com/Gates-looks-to-expand-view-be... http://www.computerworld.com/s/article/9246877/US_... http://dvice.com/archives/2010/03/internet-explor.... http://marketshare.hitslink.com/browser-market-sha... http://msdn.microsoft.com/ie/ http://support.microsoft.com/kb/2398632/sv http://support.microsoft.com/kb/944036 http://support2.microsoft.com/gp/microsoft-interne... http://technet.microsoft.com/library/cc985359.aspx http://windows.microsoft.com/en-US/internet-explor...