Sejarah Internet_Explorer_8

Tanda tulisan pelayar IE8

Pembangunan IE8 bermula sekitar Mac 2006 dan pada 5 Mac 2008.[12] Pada bulan Februari 2008, Microsoft menghantar jemputan peribadi untuk mencuba IE8 versi Beta 1[13] dan pada 5 Mac 2008, Microsoft melepaskan versi Beta 1 kepada umum[14], walaupun versi itu memfokuskan kepada pembangun sesawang[15].

Pada 27 Ogos 2008, Microsoft melepaskan IE8 versi Beta 2 kepada umum[16]. Pengkritik IT PC World berkata pelbagai ciri-ciri didedahkan pada versi Beta 2 seperti mod InPrivate, pengasingan tab dan pengumpulan mengikut warna serta menambahbaik fungsi keserasian berbanding dengan Internet Explorer 7[17]. Dua fungsi bertukar nama antaranya Activities ke Accelerators dan Phising filter kepada Safety filter. Pada bulan Ogos 2008, fungsi baru yang diberi nama InPrivate menjadi perhatian[17].

Versi pertama bukan Beta telah dilepaskan pada 19 Mac 2009.

Pada 5 Januari 2009, Microsoft telah menyediakan perisian yang menyekat muat turun Internet Explorer 8 secara automatik menerusi Windows Update.

Pada 27 Mei 2010, Microsoft telah melepaskan Internet Explorer 8 yang dioptimumkan untuk Bing dan MSN.

Pada 22 Januari 2017, Internet Explorer 8 tidak lagi disokong pada mana-mana sistem operasi Windows versi pengguna atau pelayan, kerana polisi baru yang telah ditetapkan yang menyebut hanya versi terbaru Internet Explorer sahaja yang disokong Windows akan disokong[9].


Sejarah versi

Sejarah versi Internet Explorer 8
VersiTarikh dilepaskanWindows XP SP2 /
Windows Server 2003 SP1
Windows Vista /
Windows Server 2008
Windows 7Bahasa
NamaNombor versi
Beta 1[14]8.0.6001.171845 Mac 2008YaYaTidak3[18]
Beta 2[16]8.0.6001.1824127 Ogos 2008YaYaYa25[19]
Partner Build (Pre RC)[20]8.0.6001.1834310 Disember 2008YaYaYa1
Release Candidate[21]8.0.6001.1837226 Januari 2009YaYaYa25[21]
Release to Manufacturing[22]8.0.6001.1870219 Mac 2009YaYaTermasuk25–63*
*  Pada mulanya, Internet Explorer menyokong 25 jenis bahasa;[22] tambahan, sebanyak 63 jenis bahasa telah dilepaskan setakat Jun 2009 tetapi tidak semua bahasa boleh didapati dalam kesemua versi Windows[23]

Sokongan sistem operasi

Senarai sistem operasi dan teras binaan CPU yang menyokong pelayar web Internet Explorer 8[24][25].

Sistem operasiTahap service packTeras binaan CPU
Windows XPSP2 atau kemudiannyaIA-32[26] dan x64[27]
Windows Server 2003SP2 atau kemudiannyaIA-32[28] dan x64[27]
Windows VistaRTM atau kemudiannyaIA-32[29] dan x64[30]
Windows Server 2008RTM atau kemudiannyaIA-32[29] dan x64[30]
Windows 7RTM atau kemudiannyaIA-32[31] dan x64[31]
Windows Server 2008 R2RTM atau kemudiannyax64[31] dan Itanium[31]

Rujukan

WikiPedia: Internet_Explorer_8 http://news.cnet.com/Gates-looks-to-expand-view-be... http://www.computerworld.com/s/article/9246877/US_... http://dvice.com/archives/2010/03/internet-explor.... http://marketshare.hitslink.com/browser-market-sha... http://msdn.microsoft.com/ie/ http://support.microsoft.com/kb/2398632/sv http://support.microsoft.com/kb/944036 http://support2.microsoft.com/gp/microsoft-interne... http://technet.microsoft.com/library/cc985359.aspx http://windows.microsoft.com/en-US/internet-explor...