Itrium
Itrium

Itrium

(3336 °C, 6037 °F)Itrium (disebut /ˈɪtriəm/) merupakan unsur kimia dengan simbol Y dan nombor atom 39. Y ialah logam peralihan keperakan yang berkilat menyerupai lantanoid secara kimia dan pernah dikelaskan sebagai unsur nadir bumi menurut sejarah.[1] Itrium boleh dikatakan sering kali ditemui tergabung dengan lantanoid dalam galian nadir bumi dan belum pernah dijumpai di mana-mana sebagai unsur bebas. Isotop stabil tunggalnya, 89Y juga merupakan isotop yang terjadi secara semula jadi.Pada tahun 1787, Carl Axel Arrhenius menemui galian baharu berdekatan Ytterby di Sweden dan menamakannya sebagai "ytterbite" sempena nama desanya. Johan Gadolin menjumpai oksida itrium di dalam sampel Arrhenius pada tahun 1789[2] dan Anders Gustaf Ekeberg menamakan oksida baharunya, "yttria". Unsur itrium diasingkan pertama kalinya pada tahun 1828 oleh Friedrich Wöhler.[3]Kegunaan utamanya ialah membuat fosfor seperti warna merah yang digunakan dalam paparan tiub sinar katod televisyen dan LED.[4] Kegunaan lain termasuklah penghasilan elektrod, elektrolit, penapis elektron, laser dan superpengalir. Selain itu, ia turut digunakan dalam berbagai-bagai penggunaan perubatan dan sebagai surih dalam pelbagai bahan bagi mempertingkat sifatnya. Itrium tidak memiliki peranan biologi yang diketahui tetapi pendedahan kepada sebatian itrium boleh menyebabkan penyakit pernafasan pada manusia.[5]