Sifat Itrium

Ciri-ciri

Itrium merupakan logam peralihan yang lembut, perak logam, berkilat dan teramat jernih dalam kumpulan 3. Sebagaimana yang dikehendaki oleh arah aliran berkala, unsur ini kurang elektronegatif daripada pendahulunya dalam kumpulannya, skandium, lebih elektronegatif daripada penggantinya dalam kumpulannya, lantanum dan kurang elektronegatif daripada ahli seterusnya pada kala 5, zirkonium.[6][7] Itrium merupakan unsur blok-d pertama pada kala kelima.

Unsur tulennya agak stabil di dalam udara dalam bentuk yang besar kerana kepasifan yang membentuk saput oksida pelindung (Y2O3) pada permukaannya. Saput ini boleh mencapai ketebalan 10 µm apabila yttrium dipanaskan sehingga 750 °C dalam wap air.[8] Namun begitu, itrium sangat tidak stabil di dalam udara apabila ia dilumat halus; menggesel atau melarik logam boleh menyebabkan ia menyala dalam udara pada suhu melebihi 400 °C.[3] Itrium nitrida (YN) terbentuk apabila logamnya telah dipanaskan sehingga 1,000 °C di dalam nitrogen.[8]

Persamaan dengan lantanoid

    Maklumat selanjutnya: Unsur nadir bumi

Persamaan itrium dengan lantanoid adalah begitu kukuh bahawa unsur ini telah dikumpulkan dengannya sebagai unsur nadir bumi menurut sejarah[1] dan sering dijumpai di mana-mana bersama-sama dengannya dalam galian nadir bumi.[9]

Secara kimianya, keserupaan itrium dalam unsur berkenaan adalah lebih rapat daripada jirannya dalam jadual berkala, skandium[10] dan sekiranya ciri-ciri fizikalnya diplotkan pada nombor atom, maka ia akan mempunyai nombor ketara 64.5 hingga 67.5, meletakkannya di antara lantanoid gadolinium dan erbium.[11]

Ia sering juga jatuh pada julat yang sama bagi tertib tindak balas,[8] laksana terbium dan disprosium pada kereaktifan kimianya.[4] Itrium amat hampir saiznya dengan ion lantanoid berat di dalam larutan, ia berkelakuan seolah-olah ia adalah salah satu daripadanya.[8][12] Walaupun lantanoid adalah satu barisan lebih jauh ke bawah jadual berkala daripada itrium , persamaan dalam jejari atom mungkin dianggap berpunca daripada pengecutan lantanid.[13]

Salah satu perbezaan ketara antara itrium dan lantanoid adalah itrium hampir trivalen secara eksklusif manakala kira-kira separuh lantanoid mempunyai valens selain daripada tiga.[8]