Valens_(kimia)

Dalam kimia, valens, juga dikenali sebagai valensi atau nombor valens, ialah bilangan ikatan valens satu atom telah atau boleh hasilkan dengan satu atau lebih atom. Bagi kebanyakan unsur, bilangan ikatan boleh berubah-ubah. Takrifan IUPAC mengehadkan valens kepada bilangan tertinggi atom valens tunggal yang boleh bergabung dengan satu atom, yakni bilangan tertinggi ikatan valens yang boleh dihasilkan oleh sesuatu unsur.[1]Valens satu unsur bergantung kepada bilangan elektron valens yang boleh terlibat dalam penghasilan ikatan valens. Atom, ion atau kumpulan univalen (valens tunggal) mempunyai valens satu dan oleh itu boleh menghasilkan satu ikatan kovalen. Entiti molekul dwivalen mempunyai valens dua dan boleh membentuk dua ikatan sigma dengan dua atom berbeza, atau satu ikatan sigma dan satu ikatan pi kepada satu atom tunggal.[2] Kumpulan alkil dan ion hidroksil adalah contoh-contoh univalen; ligand okso adalah dwivalen.Dalam abad yang lalu, konsep valens berkembang kepada pelbagai cara untuk menjelaskan ikatan kimia, seperti struktur Lewis (1916), teori ikatan valens (1927), orbital molekul (1928), teori penolakan pasangan elektron petala valens (1958) dan semua kaedah rumit kimia kuantum.