Peribadi Iwan_Syahman

Walaupun dilahirkan dan dibesarkan diKisaran, Sumatera Utara, Indonesia, bapa kandung Iwan berasal dari Kelantan, Malaysia. Ketika berusia 30 tahun Iwan mengambil keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur bagi melancarkan karier nyanyiannya, biarpun masih tidak melupakan tugasnya sebagai komposer di kedua-dua negara. Iwan yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Rosnah Mohd Noor pada tahun 1987 sebelum menikahi Wan Rafidah Wan Abu Bakar pada tahun 1998. [5]. Rosnah telah meninggal dunia pada tahun 2013.

Ketika meniti zaman populariti dan bergelar duda pada tahun 1996, Iwan pernah menjalin hubungan dengan Amelina selama tiga tahun sebelum hubungan mereka terlerai secara kontroversi pada tahun 1998. Amelina berkata, segala-galanya bermula selepas dia bergambar dengan aktor Norman Hakim untuk sebuah majalah hiburan [6] manakala khabar angin bertiup kencang ketika itu Iwan menjalin hubungan sulit dengan penyanyi dangdut Ani Maiyuni[7]. Pada tahun 1999, Iwan telah memfailkan saman malu terhadap Amelina berkenaan "kontroversi seluar dalam" sebelum penyanyi itu menghilangkan diri selama 15 tahun. [8].

Rujukan

WikiPedia: Iwan_Syahman http://www.indyarocks.com/video/576459/Kali-Nagin-... http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/S... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt...