Sejarah Iz_One

Rencana utama: Produce 48

Pra-debut : Produce 48

Iz One ditubuhkan menerusi rancangan realiti Produce 48, yang disiarkan di Mnet dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2018. Rancangan ini bekerjasama diantara franchise Korea Produce 101 dan idola Jepun AKB48 Group. Daripada sembilan puluh enam peserta awal, 12 ahli akhir dipilih dari undian penonton dan diumumkan melalui siaran televisyen secara langsung.[5][6]

Sebelum tampil dalam acara tersebut, beberapa ahli telah aktif dalam industri hiburan. Hitomi Honda sebelumnya memulai debut sebagai ahli AKB48 Team 8.[7] Sebelum menyertai HKT48, Sakura Miyawaki telah tampil di produksi muzikal The Lion King (2008–2009) oleh Shiki Theatre Company,[8][9] dan Nako Yabuki tampil dalam filem Touch (2005), diikuti dengan peranan dalam pelbagai Drama Jepun dan iklan televisyen.[10][11][12][13] Kwon Eun-bi sebelumnya debut sebagai ahli Ye-A pada tahun 2014 dengan nama pentas Ka-zoo namun kemudiannya meninggalkan kumpulan.[14] Lee Chae-yeon sebelum ini bertanding di SBS K-pop Star 3, dan acara realiti JYP Entertainment Sixteen.[15] Jo Yu-ri adalah peserta dalam pertandingan Mnet di Idol School 2017, di mana beliau menduduki tempat ke-15.[16] Kim Min-ju telah muncul sebagai pelakon dalam video muzik dan beberapa Drama Korea, salah satunya adalah siri televisyen MBC Tempted, di mana dia melakonkan watak sebagai Choi Soo-ji muda (Moon Ga-young).[17][18] Ahn Yu-jin telah muncul sebagai seorang pelakon dalam iklan dan video muzik, terutamanya dalam iklan perniagaan Acuvue Vita.[19][20]

Pada 21 September 2018, Off the Record Entertainment mendedahkan bahawa mereka akan mengambil alih pengurusan Iz One dari Stone Music Entertainment dan Pledis Entertainment.[21][2] All three Japanese members will halt activities with their respective 48 groups to focus on Iz One.[22]

Kumpulan ini debut pada 29 Oktober 2018.[23][24]

2018: Debut Korea dengan Color*Iz

Iz One di the 2018 Asia Artist Awards

Kumpulan debut dengan album mini Color*Iz yang telah dikeluarkan pada 29 Oktober 2018, dengan La Vie en Rose sebagai single utama.[25][26][27] Konsert showcase debut, yang berjudul 'COLOR*IZ Show-Con', yang telah diadakan sempena pengeluaran album di Dewan Olimpik di Seoul, Korea Selatan, di mana tiket ke showcase itu habis terjual dalam masa satu minit.[28][29] Pada hari pertama pengeluarannya, album mini ini terjual lebih 34,000 unit yang dilaporkan oleh Hanteo Chart, dan mencatat rekod baru untuk album paling banyak dijual pada hari pertama pengeluaran album debut kumpulan wanita di Korea.[30][31] Video muzik untuk single utama "La Vie en Rose" mencapai lebih dari 4.5 juta tontonan dalam masa 24 jam dari pengeluarannya di YouTube, menjadikannya video muzik debut paling banyak ditonton oleh Korea act dalam 24 jam.[32] Pada November 8, Iz One memperoleh kemenangan muzik pertama mereka untuk "La Vie en Rose" pada M Countdown. Ini adalah kumpulan wanita terpantas yang memenangi di acara program muzik, hanya 10 hari selepas debut rasmi mereka.[33]

Pada 6 Disember, Off the Record Entertainment mengumumkan bahawa IZ*ONE telah menandatangani kontrak rakaman dengan label Universal Music Jepun EMI Records. Mereka akan melakukan debut Jepun mereka pada 6 Februari 2019.[34][35]

IZ*ONE menang di anugerah the Mnet Asian Music Awards 2018 sebagai the best rookie group of the year.[36]

2019–sekarang: Debut Jepun, Heart*Iz dan konsert solo pertama dan Bloom*Iz

Pada 20 Januari 2019, Iz*One mengadakan debut show-con mereka di Tokyo Dome City Hall untuk mempromosikan lagu jepun pertama mereka iaitu Suki To Iwasetai.[37] Lima hari selepas acara itu, kumpulan ini mengeluarkan video muzik untuk lagu ini dan mendapat lebih 5 juta tontonan di YouTube.[38]

Pada 9 Mac, DJ Inggeris dan penerbit Jonas Blue mengeluarkan versi baru untuk single 2018 Rise, yang menampilkan Iz*One sebagai vokalis.[39] Pada 1 April, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka, Heart*Iz, dengan Violeta sebagai single utama album.[40] Heart*Iz telah terjual sebanyak 132,109 salinan pada minggu pertama yang merupakan rekod baru untuk kumpulan gadis pada masa itu.[41]

Pada Jun 7-9, 2019, Iz*One akan mengadakan konsert solo pertamanya berjudul "Eyes On Me" di Stadium Tertutup Jamsil di Seoul.[42] Selepas semua tiket untuk dua konsert awal dijual, Off the Record menambah satu lagi konsert pada 7 Jun.[43]

Iz*One mengeluarkan single Jepun ketiga bertajuk "Vampire" pada 25 September 2019.[44]

Pada 11 November, kumpulan ini akan mengeluarkan album studio pertama mereka, Bloom*Iz, dengan "Fiesta" sebagai single utama.[45]

Rujukan

WikiPedia: Iz_One http://www.billboard-japan.com/charts/detail?a=hot... http://www.billboard-japan.com/charts/detail?a=hot... http://www.billboard-japan.com/charts/detail?a=hot... http://www.billboard.com/biz/charts/world-digital-... http://www.entamenext.com/news/detail/id=544 http://star.hankookilbo.com/News/Read/8a3ea2d5ed1f... http://news.hankyung.com/article/2019030838134 http://tenasia.hankyung.com/archives/1443983 http://www.izone-official.com/ http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2018090100...