Pembangunan JF-17_Thunder

JF-17 dikeluarkan oleh Perbadanan Industri Pesawat Chengdu (PIPC) dan Kompleks Penerbangan Pakistan (KPP).Kos projek ini dianggarkan AS$ 500 juta, dan dibahagikan sama rata di antara China dan Pakistan. Ia disokong oleh Perbadanan Import & Eksport Teknologi Penerbangan Kebangsaan China bagi pihak China. Nilai bagi setiap pesawat (kos terbang) dijangkakan AS$ 8-15 juta. Projek pembangunan awal JF-17 Thunder telah disiapkan dalam masa empat tahun.[8] Bagaimanapun, penambahbaikan ke atas projek yang dilakukan kemudian telah memakan masa yang lama. Pakistan mengumumkan ia akan membeli 150 buah pesawat, tetapi jumlah ini mungkin bertambah sehingga 300 buah. JF-17 akan mengantikan pesawat-pesawat Chengdu F-7, Nanchang A-5 (Q-5) dan Mirage III/V yang kini masih digunakan oleh Pakistan. Azerbaijan dan Zimbabwe juga telah membuat pesanan ke atas pesawat ini. Sembilan buah negara lain yang menunjukan minat untuk membeli JF-17 adalah Bangladesh, Burma (Myanmar), Mesir, Iran, Lebanon dan Malaysia[9], Maghribi, Nigeria, Sri Lanka dan Algeria telah menukar keputusan awal mereka dan memutuskan untuk membeli pesawat MiG-29UBS versi terkini.

Pada 1986, China telah menandatangani perjanjian dengan Grumman untuk menaik taraf pesawat J-7 yang dikenali sebagai "Saber II", bagi mengantikan projek naik taraf "Super 7" yang digugurkan. Program ini telah dibatalkan pada 1990, disebabkan hubungan yang semakin memburuk dengan Amerika Syarikat berikutan rusuhan Medan Tiananmen 1989. Bagaimanapun, PIPC masih meneruskan program ini dengan menyuntik sedikit dana dari sumber kewangan mereka sendiri.

Penglibatan Pakistan bermula setelah Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi ke atas Pakistan pada 1990.

Prototaip pertama dikeluarkan pada 31 Mei 2003, dan melakukan penerbangan sulung pada 25 Ogos 2003. Prototaip 03 pula membuat penerbangan sulung pada April 2004. Pada 28 April, 2006, prototaip 04 telah membuat penerbangan sulung dengan avionik yang beroperasi sepenuhnya.

Dua buah JF-17 Thunder melakukan lintas hormat semasa Perarakan Perkhidmatan Bersama Hari Kebangsaan di Islamabad pada 23 Mac 2007.

Berpandukan status kerja-kerja pembangunan, prototaip keempat pesawat JF-17 Thunder berjaya melakukan penerbangan operasi pertamanya pada 10 Mac 2006 di Chengdu, China.[10] Prototaip ke-4 pesawat tempur JF-17 Thunder dikonfigarasi sebagai sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan dan boleh membawa persenjataan peluru berpandu udara ke udara dan peluru berpandu udara ke permukaan. Pesawat ini dilengkapi dengan sistem-sistem persenjataan dan elektronik termaju. Pakistan telah menerima penyerahan 2 buah pesawat pertama pada 23 Mac 2007, manakala Kompleks Penerbangan Pakistan di Kamra akan mula mengeluarkan pesawat JF-17 pada 2008. China secara rasminya telah mula mengeluarkan pesawat ini pada Jun 2007.

Prototaip ke-4 dikatakan telah direka dan dilengkapi dengan ciri Divertless Supersonic Intake; alat ini mengalih lapisan sempadan aliran udara bergelora jauh dari salur masuk enjin[11][12]

Semasa Pertunjukan Udara Zhuhai ke-6 yang berlangsung di China, Alat Unit Latihan yang seolah-olah menyerupai model awal pada JF-17 telah dipamerkan kepada umum, dan pengeluar pesawat bersama-sama pengeluar persenjataan udara lain telah menyediakan maklumat terperinci berkenaan projek ini: