Jack_L._Warner
Jack_L._Warner

Jack_L._Warner

Jack Leonard "J. L." Warner (2 Ogos 1892 – 9 September 1978), lahir Jacob Warner[1] di London, Ontario, ialah seorang eksekutif filem Amerika-Kanda berbangsa Yahudi dan merupakan presiden dan pengasas Warner Bros di Burbank, California. Kerjaya Warner melangkau lebih 45 tahun, tempohnya yang mengatasi sebarang maestro filem Hollywood yang lain.[2]Sebagai ketua penerbitan bersama Warner Bros Studio, beliau bekerja dengan adiknya, Sam Warner, untuk mendapatkan teknologi untuk industri filem wayang gambar bersuara pertama.[3] Setelah kematian Sam, Jack bertelagah dengan adik-beradeiknya yang masih hidup, Harry dan Albert Warner. Beliau mengambil alih kawalan eksklusif penerbitan filem syarikat dalam tahun 1950-an, ketika beliau membeli saham syarikat secara rahsia dalam perniagaan setelah meyakinkan mereka untuk mengambil bahagian dalam penjualan saham bersama.Walaupun Warner ditakuti banyak pekerja sehingga diejek atas percubaan menghiburkan yang tidak menjadi, beliau disegani atas naluri bisnesnya yang dianggap licik dan suka. Beliau merekrut banyak bintang-bintang filem dalam studionya[4] serta menggalakkan pembikinan produksi yang menumpukan kepada drama lalu menjadikan studionya terkenal.[5] Warner pernah menegaskan, "Jika rencana saay benar sebanyak lima puluh persen pada waktu itu, saya akan memenangi permainan."Sepanjang kerjaya, dia telah dilihat sebagai seorang yang sangat membingungkan dari segi fahaman politiknya.[6] Beliau merupakan seorang pneyokong kuat Republikan, dan projek filem yang mempromosikan agenda Kesepakatan Baru yang digalang Presiden Franklin D. Roosevelt yang Demokrat. Beliua kuat membantah fahaman fasisme dan mengkritik rejim Nazi Jerman jauh sebelum Amerika Syarikat terlibat dalam Perang Dunia Kedua lagi.[7] Beliau turut anti-Komunis sehingga tampil memecat anggota kerja yang disyaki sebagai penyokong Komunis serta bekerjasama dengan pemerintah Amerika Syarikat saat negara tersebut digelumangi paranoia McCarthyisme zaman Perang Dingin.[8] Meskipun namanya tergugat akibat perkaitan ini, namun Warner kekal bergiat dalam industri perfilemam sehingga persaraannya pada awal tahun 1970.[9]

Jack_L._Warner

Dikebumikan Home of Peace Cemetery, Los Angeles Timur, California
Pekerjaan Eksekutif filem
Pasangan
  • Irma Claire Salomon
    (m. 1914—div. 1935)
  • Ann Page (1908—1990)
    (m. 1936—1978; kematiannya)
Anak 2, termasuk Jack M. Warner
Tahun aktif 1918–1972
Parti politik Republikan
Meninggal dunia 9 September 1978(1978-09-09) (umur 86)
Beverly Grove, Los Angeles, California, A.S.
Warganegara Kanada-Amerika
Kelahiran Jacob Warner
(1892-08-02)2 Ogos 1892
London, Ontario, Kanada