Jacob_L._Devers
Jacob_L._Devers

Jacob_L._Devers

Jacob Loucks Devers (/ˈdɛvərz/; 8 September 1887 – 15 Oktober 1979) adalah seorang Jeneral dalam Tentera Darat Amerika Syarikat yang memerintah Kumpulan Tentera Darat Ke-6 di Kancah Eropah semasa Perang Dunia II. Beliau turut terlibat dalam pembangunan dan penggunaan berbagai senjata, termasuk kereta kebal M4 Sherman dan kereta kebal M26 Pershing, trak amfibia DUKW, helikopter Bell H-13 Sioux dan raifal tempur M16.Berkelulusan Akademi Tentera Amerika Syarikat, Devers telah ditauliahkan dalam artileri medan pada tahun 1909. Semasa Perang Dunia I, beliau merupakan seorang jurulatih di Sekolah Artileri di Fort Sill, Oklahoma, dan tidak berkhidmat di Perancis sehingga selepas gencatan senjata 11 November yang mengakhiri peperangan, apabila beliau mengikuti sekolah artileri Perancis di Treves. Di zaman antara dua perang dunia beliau adalah penyokong kuat penjenteraan pada ketika idea menghentikan penggunaan kuda menghadapi tentangan kuat daripada pegawai meriam yang konservatif.Apabila Perang Dunia II meletus di Eropah, Devers telah ditempatkan di Panama. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral pada Oktober 1940 dan mengambil alih pemerintahan Divisyen Ke-9 Infantri yang baru dibentuk di Fort Bragg, North Carolina, iaitu sebuah pangkalan dibina atas seliaannya. Dilantik Ketua Pasukan Armor pada Ogos 1941, beliau menyelia pembesarannya dari empat divisyen armor kepada 16. Beliau adalah seorang penyokong kuat doktrin taktikal gabungan tempur yang baru muncul, dan menolak doktrin Amerika yang menyatakan bahawa kereta kebal adalah untuk di eksploitasi, bukan untuk melawan kereta kebal lain. Beliau menekan industri Amerika untuk menghasilkan enjin yang lebih berkuasa, dan, selalu melawan pandangan pegawai atasannya, menekankan pembangunan M4 Sherman, sejenis kereta kebal medium dengan meriam 75mm. Tidak berpuas hati dengan Sherman, beliau menyeru penghasilan kereta kebal yang lebih bersenjata dan berperisai. Beliau meminta 250 buah kereta kebal M26 Pershing baru untuk Operasi Overlord, tetapi telah ditolak.Pada bulan Mei 1943, Devers menjadi Panglima Kancah Operasi Eropah, Tentera Darat Amerika Syarikat (ETOUSA). Tugas utamanya ialah menyelia persiapan rancangan yang terperinci dan penambahan anggota dan material untuk Overlord, dan menyokong Gabungan Serangan Pengebom. Beliau bertelingkah dengan Jeneral Dwight D. Eisenhower tentang pengubahan sumber-sumber ETOUSA ke Kancah Operasi Afrika Utara Eisenhower. Eisenhower menggantikan beliau sebagai Panglima ETOUSA pada Januari 1944, dan Devers pergi ke Mediterranean sebagai Panglima Kancah Operasi Afrika Utara, Tentera Darat Amerika Syarikat (NATOUSA), dan Timbalan Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Kancah Mediterranean, dibawah Jeneral British Sir Henry Maitland Wilson. Devers terlibat dalam penyusunan, perancangan dan kepimpinan Operasi Dragoon, iaitu penyerbuan Bersekutu diselatan Perancis pada bulan Ogos 1944. Beliau memimpin Kumpulan Tentera Darat Ke-6 di Perancis dan Jerman melalui Rhine, serangan balas Jerman dalam Operasi Northwind, iaitu operasi untuk mengecilkan Kelompok Colmar dan Pencerobohan Sekutu Barat ke atas Jerman. Bertentangan dengan pilihan Eisenhower, Devers telah dinaikkan pangkat ke Jeneral penuh pada 8 Mac 1945 mendahului Carl Spaatz, Omar Bradley dan George S. Patton. Oleh itu, beliau kekal sebagai pegawai kedua tertinggi Amerika di Eropah selepas Eisenhower. Selepas perang beliau memerintah Angkatan Medan Tentera Darat AS.

Jacob_L._Devers

Rujukan

WikiPedia: Jacob_L._Devers http://valor.militarytimes.com/recipient.php?recip... http://digital-library.usma.edu/cdm/compoundobject... http://digital-library.usma.edu/cdm/compoundobject... http://digital-library.usma.edu/cdm/compoundobject... http://digital-library.usma.edu/libmedia/archives/... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://eisenhower.archives.gov/Research/Finding_Ai... http://www.gpo.gov/fdsys/pkg/STATUTE-72/pdf/STATUT... http://www.history.army.mil/html/books/001/1-1/ind... http://www.history.army.mil/html/books/001/1-3/ind...