Kontroversi Janna_Nick

Perang mulut dengan Ruhainies

Pada April 2016, Janna Nick didakwa memuat naik video beserta kapsyen yang mencemuh pelakon drama Hello, Mr. Perfect!, Ruhainies Farehah di akaun Instagram miliknya. Perselisihan antaranya dengan Ruhainies mula menjadi bualan apabila Janna dikatakan menghasut pengarah Michael Ang untuk menyingkirkan Ruhainies sebagai pelakon utama filem pertama arahannya, Kimchi Untuk Awak. Salah faham itu bagaimanapun, terlerai apabila Ruhainies memilih untuk berdamai.[52] Janna tampil menjawab dakwaan Ruhainies berhubung isu rakaman video yang dimuat naik dan keterangan gambar yang dikatakan mencemuh dirinya itu. Dengan meluahkan isi hatinya, Janna Nick mempertahankan tindakannya memuat naik rakaman video berkenaan, Janna berkata beliau memuat naik video itu sebab hendak menjelaskan keadaan sebenar.[52] Ini kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies yang menganggapnya tidak matang adalah tidak betul. Janna berkata, beliau memilih untuk berdiam diri pada mulanya kerana menyangka isu itu tidak berpanjangan dan tidak mahu melayan 'kerenah' adik pelakon Nur Risteena itu lagi.[52][53][54]

Bergambar cumbu bersama Eyka Farhana

Janna sekali lagi menjadi subjek kontroversi apabila gambarnya bercumbu dengan pelakon Eyka Farhana menerima kecaman warganet yang menyifatkan mereka seolah-olah mempromosikan LGBT.[55][56]

Rujukan

WikiPedia: Janna_Nick http://www.mynewshub.cc/hangat/210366/ http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/206350/ http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/instagram-di... http://www.agendadaily.com/Hiburan/drama-syurga-nu... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/instagram... http://dramamovieon9.blogspot.com/2017/10/biodata-... http://www.budiey.com/tv3-tv9-lancar-kempen-ramada... http://www.encikshino.com/ketahui-biodata-janna-ni... http://www.imdb.com/name/nm9101169/ http://www.jiwarosak.com/biodata-dan-gambar-janna-...